Quantcast
Channel: tun faisal dot com
Viewing all 187 articles
Browse latest View live

INTIPATI RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (2016-2020)

$
0
0

Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju;

*  Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada           RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: -

- Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

- Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

- Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju

- Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

- Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong
perkembangan ekonomi

- Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan   kemakmuran

- Bernama

1MDB: Rahman Dahlan - pecat sebelum siasatan tidak bantu pencarian kebenaran @MPKotaBelud

$
0
0

[NotaRamai yang tanya saya pasal video TPM. Saya cakap jangan percaya ulasan portal pro-pembangkang yang cuba melaga-lagakan mereka. Dengar sendiri video tu. Saya tak nampak apa isunya. Cuma, dari segi peraturan, program ini tertutup. Peserta pun tidak merakam gambar, apa lagi video sebab mereka memahami peraturan majlis ini sebagai sebuah majlis yang tertutup. Saya juga pernah menghadiri kursus yang sama beberapa bulan sebelum ini. Orang yang membuat rakaman ni tidak menghormati program orang lain dan tidak memahami maksud sebuah `program tertutup'. Saya dimaklumkan pelaku sumbang ini telah dikenali. Dimaklumkan, dia adalah seorang Timbalan Ketua Bahagian dalam Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis malam itu sebagai tetamu kerana mengiringi seorang VIP. Sebagai seorang Timbalan Ketua Bahagian, sepatutnya beliau lebih memahami soal Program Tertutup.

Mengenai soal mengambil tindakan, bagi saya, PM memang telah meminta 1MDB disiasat. PM juga telah berjanji tidak akan melindungi individu yang bersalah. Cuma pada pandangan saya, SEBELUM MENGHUKUM SESIAPA, perlulah kita menunggu siasatan daripada pihak yang mempunyai autoriti dan TIDAK WAJAR SAMA SEKALI KITA MENGHUKUM hanya berdasarkan laporan portal berita dan blog. Tindakan memecat sebelum siasatan dan perbicaraan yang adil adalah tidak mengikut ajaran Islam dan `rule of law'.]


There is a big fuss among political commentators in the last few days.

I was not aware of it until I received an internet link from my friend on my What's App messaging showing a 7 minutes video clip of the Deputy Prime Minister's speech he delivered during a recent training session of divisional leaders of UMNO.

There is a comment attached to the What's App message from a friend alleging that the DPM is on a major collision course with the Prime Minister on 1MDB. So I guess that was what the fuss all about!

I think I watched the video not less than 5 times to see if there is any truth to the allegation. Watching the DPM's video, I honestly do not see any major differences in the PM & the DPM's view re:1MDB.

Here's my observation after comparing what DPM said in the video and what the PM has said publicly before.

Firstly, the DPM said he is worried that the 1MDB has become an urgent concern of the public and that if not resolved immediately it is  going to affect the government and the future of the party. If we follow public statements made by the Prime Minister before this, he is also on record saying the same.

Secondly, the DPM said in the video that 1MDB  requires immediate and urgent investigation. The government should not wait any longer. He talked about the need "to hold the bull by its horns". I think so does the PM. That is why we heard the PM announced an immediate investigation by the Auditor General and the parliamentary's Public Accounts Committee and the investigation must be completed in a few months time.

The only difference of opinion between the PM and the DPM which I noticed in the video, is that the DPM is asking the current board of directors and the current CEO to be removed right now, while the PM is taking a position that action against anyone will only be taken after exhaustive investigation by the Auditor General and the PAC is completed.

While I agree with the DPM that immediate removal of the CEO and the Board member could calm the public's anxiety over this issue, I am not that sure if the decision would help us expedite our quest to find the truth.

Naturally the first thing the new CEO and the new board members will be asking is more time to understand the issues at hand. How could they answer questions if they didn't know the head and tail of the issue.

They might asked for a few months to go through all the details and the documents before they could understand what had happened and testify in the on going investigation by the Auditor General and the PAC. That is time wasted and goes against the very call for urgency by the public to investigate 1MDB.

In my opinion, sacking the current CEO and the board members now should only be an option if the CEO and the Chairman of the Board of 1MDB refuse to testify. Both men have gone on public record saying they will cooperate and look forward to testify in the  Auditor General and the PAC investigations.

A little but important note to remember. The current CEO is only appointed a few months ago. He is not involved in the much talked about controversial transactions of 1MDB which occurred way before he joined the organization. I don't know how his sacking can contribute in our quest to find the truth.

On another note, to be fair to the DPM, he did mention in the video that it was not his intention to show hatred towards the PM or to show that they were not on the same page. In fact in the video, the DPM took time to say that he respected the PM.

So, I called my friend and asked him, what's the big fuss again?

Datuk Abdul Rahman Dahlan

1MDB: Tak perlu buat pembetulan jika @NajibRazak mahu berbohong

$
0
0

Jika nak berbohong, kenapa perlu semak, audit, siasat dan buat pembetulan? Kan lebih baik buat macam Anwar Ibrahim, hanya perlu tidak mengaku, tangguh perbicaraan sehingga 6 tahun dan bagi alasan konspirasi untuk jatuhkan dia?

1. Jika PM berbohong tidak mungkin  pembetulan dibuat. Jika  pembetulan sudah dibuat maksudnya sudah tentu ada kesilapan maklumat yang diterima oleh MOF dan bukan mudah bagi MOF untuk menyemak dokumen-dokumen ini dengan mendalam seperti juru audit.

2. Isu pertama, isu hutang RM5.8 bilion yang dipinjamkan oleh 5 konsortium peminjam kepada 1MDB yang mana sebahagian daripadanya telah dilaburkan ke dalam Petrosaudi. Sebanyak RM2 bilion daripada hutang ini telah dibayar penuh lebih awal  dari jadual seperti dalam perjanjian. Baki RM3.8 bilion telah di'convert' kepada term loan yang tamat pada 2024.

3. Isu ketiga adalah isu pelaburan USD1 bilion ke dalam Petrosaudi. Petrosaudi telah memaklumkan bahawa mereka telah memulangkan jumlah ini bersama keuntungan sebanyak USD 488 juta, dan ini telah dinyatakan dalam akaun beraudit 1MDB

4. Isu keempat, sebahagian daripada jumlah wang daripada pelaburan dalam Petrosaudi telah dikeluarkan dan bakinya sebanyak USD 1.1 bilion masih ada di Singapura dalam bentuk aset yang belum nyatakan. Maksudnya, wang yang dikeluarkan dalam tranche yang pertama benar2 wujud dan oleh kerana baki wang ini disimpan dalam bentuk aset yang lebih terlidung nilainya berbanding matawang, maka ia perlu dicairkan terlebih dulu.

5. Kenyataan telah dibuat oleh MOF berdasarkan maklumat yang diberikan dan pembetulan fakta telah dibuat. Sudah tentu maklumat yang lebih mendalam dan terperinci mengenai baki ini akan disahkan oleh Ketua Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam bulan Jun nanti.

1MDB: Kehadiran Arul ke proseding PAC dipolemik golongan terdesak

$
0
0


Surat kepada Arul dan Shahrol bertarikh 20 Mei, 
bukan 6 Mei. 

1. Dimaklumkan bahawa surat jemputan yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 26 Mei dikeluarkan pada 20 Mei dan hanya difakskan kepada mereka pada pukul 1130 malam 21 Mei. Maksudnya, mereka hanya diberi notis 2 hari bekerja untuk menyediakan jawapan dan mempertahan diri mengenai segala urusan 1MDB sejak tahun 2009.

2. Arul Kanda telah memaklumkan bahawa 1MDB menerima notis agak lewat dan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Manakala Shahrol pula memohon agar diberikan lebih masa untuk membuat persiapan.

3. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menerima permintaan mereka berdua dan PAC telah bersetuju untuk memberikan mereka lebih masa untuk membuat persiapan.

4. Spin pihak anti-1MDB adalah mereka berdua tidak mahu memberikan kerjasama kepada PAC. Poster dan grafik palsu direka dan disebarkan oleh pihak anti-1MDB dua hari sebelum tarikh 26 Mei, kononnya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrn Buang menyatakan bahawa keputusan audit forensik tidak dapat dikeluarkan awal kerana pihak 1MDB tidak memberikan kerjasama.

5. Fitnah jahat pihak anti-1MDB ini telah dinafikan oleh Ambrin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Arul pula telah membuat kenyataan bahawa dia akan memberikan sepenuh kerjasama dan memberi jaminan bahawa dia akan hadir dalam proseding yang akan datang.

6. Perbuatan pihak anti-1MBD menghasilkan grafik palsu dan memfitnah bahawa Arul dan Shahrol tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Audit Negara dan PAC merupakan satu tindakan yang terdesak (desperate) dan menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan imej 1MDB dan mengagalkannya.

7. Tidak wajar pihak anti-1MDB menjadi begitu kalut hanya kerana Arul dan Shahrol tidak dapat hadir sesi PAC kali ini . Lagipun, laporan awal audit forensik Ketua Audit Negara masih belum siap dan diserah kepada PAC lagi. Tunggulah laporan awal audit forensik ini siap dulu. Sebenarnya penyiasatan PAC tidak terjejas sekalipun pengurusan 1MDB memberi keterangan terkemudian daripada saksi-saksi yang lain.

8. Secara logiknya, selepas laporan awal audit ini siap, lebih mudah bagi PAC untuk menyiasat. Bukan sahaja PAC, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga boleh turut menyiasat.

9. Untuk berlaku adil, wajarlah Arul dan Shahrol diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan jawapan dan pada waktu yang sama mempertahankan 1MDB dan diri mereka. Ini bukan jawapan biasa, sebaliknya perkataan mereka boleh digunakan terhadap mereka di mahkamah, dalam perbualan masyarakat dan di dalam media.

10. Negara ini pernah menunggu selama 6 tahun bagi membenarkan Anwar Ibrahim membela diri dan memastikan perbicaraan dilakukan dengan adil. Kenapakah bagi Arul, Shahrol dan 1MDB kita menggunakan standard yang berbeza dan tidak mampu menunggu sehingga akhir Jun?

11. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Tidak wajar menjatuhkan hukuman sebelum siasatan dan perbicaraan yang adil. Tidak wajar juga menggunakan media untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman ke atas sesorang.

12. Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak dan Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyatakan bahawa 1MDB bukan risiko sistemik terhadap sistem kewangan negara dan pergerakan nilai ringgit. Nazir juga pernah meminta agar isu-isu membabitkan 1MDB harus dibiarkan berlalu kerana ia mampu menggugat sentimen pelabur terhadap Malaysia.

13. Sebagai rakyat Malaysia yang berprinsip, adil dan berkecuali, sudah tentu kita mahukan isu 1MDB diselesaikan secara bijak tanpa sebarang kerugian dan kemusnahan terhadap rakyat dan negara. Pada waktu yang sama kita juga mahu semua pihak yang bersalah dan pecah amanah dihukum dengan seberat-beratnya. Tiada kompromi dalam hal ini.

14. Laporan awal audit akan dibentangkan pada akhir bulan Jun ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, kita tidak seharusnya terus menerus membuat spekulasi, menyebarkan khabar angin dan mencipta pembohongan demi pembohongan kerana perbuatan tidak bertanggung jawab ini hanya akan merosakkan lagi ekonomi negara serta memberi kesan negatif terhadap bursa saham dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tentu sahaja tidak patriotik.

Jawapan Najib - Dakwaan Tun M tidak adil dan memesongkan (Bahasa Melayu)

$
0
0

Ini merupakan sambungan kepada 13 Jawapan Najib yang telah diberikan sebelum ini:-

14. Kritikan Terhadap GST

a) Saya faham bahawa terdapat beberapa kebimbangan dinyatakan berkenaan pelaksanaan GST. Walau bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia, walaupun ia kelihatan sukar.

b) Pada masa ini, hanya 1 dalam 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi, dan ia adalah penting untuk memperluaskan asas cukai kita demi kebaikan jangka panjang ekonomi

c) Selain itu, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa 23% daripada hasil kerajaan pada masa ini berasal dari minyak dan gas. Seperti yang kita lihat daripada kejatuhan mendadak harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan dengan pendapatan ini sahaja. Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

d) Pengenalan GST dapat membantu kita membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih mampan dan telus: ia akan membantu mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan membantu memacu pembangunan negara kita.

e) Malangnya, daripada mencari untuk memahami rasional ekonomi dan faedah jangka panjang kepada rakyat, beberapa ahli politik telah menyerang pelaksanaan GST, menggambarkan ia sebagai langkah luar biasa dan tidak perlu bagi sebuah negara sebesar Malaysia.

f) Walau bagaimanapun, GST bukan satu fenomena baru. Lebih daripada 160 negara telah pun melaksanakan ini dan di ASEAN, kejiranan kita, kita adalah negara ke-8 untuk memperkenalkannya. Kadar 6% Malaysia sebenarnya adalah salah satu yang paling rendah di dunia. Sebaliknya; Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semua mempunyai kadar GST sebanyak 10%.

g) Walaupun begitu, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah peniaga, besar dan kecil, yang tidak bertanggungjawab, cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST bagi menaikkan harga melebihi kadar 6%. Ini sangat tidak boleh diterima.

h) Saya telah mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa sebarang kenaikan yang diperkenalkan oleh pekedai dan pemilik perniagaan adalah selaras dengan kadar GST 6%, dan penyalah gunaan sistem serta tindakan yang membebankan pengguna dihentikan segera.


15. Dakwaan Tun Mahathir

a) Saya sedia menerima sebarang kritikan dengan hati yang terbuka dan akan meneliti segala kebimbangan dan maklum balas secara berterusan.

b) Kita mesti juga sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan telah banyak berjasa kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, saya yakin ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi yang selepas mereka mentadbir negara, termasuk berusaha sendiri mengatasi masalah dan cabaran yag dihadapi.

c) Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Saya telah dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Dengan itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu. Pada pilihan raya dan pemilihan parti yang akan datang, tentu saja parti dan rakyat boleh sekali lagi menggunakan hak demokratik mereka melalui peti undi.

d) Apa lagi jika banyak di antara kritikan Tun adalah tidak adil dan memesongkan:

i. Beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya tindakan meluaskan asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, idea ini diilhamkan semasa pentadbiran beliau.

ii. Tun mengulangi perkataan pembangkang yang berniat jahat mengenai isteri dan keluarga saya. Sebagai contoh, dalam satu ucapan baru-baru ini di Ipoh, beliau memetik satu kenyataan palsu yang dijaja oleh pembangkang melalui artikel Utusan yang telah direka. Beliau juga mengulangi fitnah yang dimulakan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lepas kononnya isteri saya memiliki cincin berharga RM24 juta. Ini adalah satu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin ini telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Amat dikesali apabila seseorang dengan kedudukan yang tinggi seperti Tun telah memanjangkan fitnah kepada rakyat.

iii. Beliau juga mengulangi kata-kata pembangkang apabila membangkitkan mengenai penggantian jet kerajaan, dengan mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet tersebut dan menggelar saya pembohong. Sekali lagi dakwaan ini adalah palsu - Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP pertama yang menggunakan pesawat yang baru diterima ini untuk lawatan ke Langkawi, dan baginda akan terus berbuat demikian.

iv. Tun juga telah memperalatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh 1MDB sebagai sebab untuk menyerang saya. Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidaklah sehingga ke peringkat yang didakwa. Malah, beberapa tuduhan yang telah dibuat ini tidak berasas, misalnya dakwaan Tun bahawa saya bertanggungjawab ke atas kerugian sebanyak RM42 bilion dalam imbangan kira-kira 1MDB. Jelas, ini adalah perbuatan sengaja memutar belitkan fakta kerana 1MDB tidak kerugian sebanyak itu. Itu adalah nilai hutangnya; hutang yang jauh lebih rendah berbanding nilai aset syarikat sebanyak RM51 bilion, yang telah diaudit dan disahkan oleh Deloitte. Kebanyakan syarikat-syarikat besar di seluruh dunia mempunyai nilai hutang yang tinggi, dan tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenainya. Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu 1MDB, sedangkan saya telah melakukan lebih daripada itu dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit 1MDB. Keputusannya nanti akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira yang tidak berpihak. Ini bagi memastikan prosesnya telus, dan semua soalan mengenai syarikat dapat dijawab secara bebas oleh badan-badan yang sah dari segi undang-undang dan bukannya daripada sumber yang bermotifkan politik.

v. Tun sering mendakwa bahawa dia melakukan sesuatu berdasarkan apa yang diberitahu orang kepada beliau apabila mereka berjumpa dengan beliau. Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada khabar angin dan dakwaan tersebut mempunyai bukti dan kebenaran sebelum bercakap mengenainya. Beliau juga tahu bahawa banyak dakwaan yang dibuat mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbiran beliau. Dan selalunya Tun bertanya: "Di manakah buktinya?" Beliau sepatutnya menggunakan cara yang sama terhadap perkara yang beliau dengar.

vi. Walaupun banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, semua kemajuan yang dicapai oleh negara dan BN tidak diambil peduli kerana lebih memihak kepada dakwaan yang tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang. Banyak yang Tun katakan tidak objektif dan salah. Soalan yang wajar ditanya - apakah motivasi Tun memilih masa ini untuk meluahkan fitnah yang dihasilkan oleh pembangkang beliau gelar sebagai pembohong dahulu?

vii. Sepanjang 22 tahun berkuasa, Tun sentiasa berkeras agar anggota parti menyokong kepimpinan, terutama pada masa yang mencabar. Kami telah melakukan peranan tersebut, dan saya menyokongnya ketika senang dan ketika susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya, pada ketika itu, sama seperti yang saya percaya pada hari ini, bahawa perpaduan parti adalah pra-syarat kepada apa sahaja yang ingin kita lakukan untuk negara ini. Sebahagian besar daripada ahli-ahli UMNO masih berpegang kepada hakikat bahawa kesetiaan sebenar bermakna bekerja bersama-sama bagi membina parti demi kebaikan rakyat. Adalah salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti yang bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu.

viii. Saya telah dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan, memandangkan saya mempunyai mandat itu, saya akan menyempurnakan penggal saya sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.


#1MDB: Dakwaan pelaburan usahasama dengan Petrosaudi lesap, masuk poket Jho Low tidak benar

$
0
0



MENTERI KEWANGAN ll, DS Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Lo dan tiada kehilangan dana, sebaliknya mendatangkan pulangan. Katanya:

1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi, Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.

2. Petrosaudi telah meletakkan aset, iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali. Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan.

3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD RM700 juta.

4. Petrosaudi meletakkan jumlah ini di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi. Laporan media yang menyebut bahawa Good Star milik Jho Lo, tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini. Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul.

5. Pokok persoalannya, adakah pelaburan USD 1bilion itu dapat dibawa balik atau lesap? Tidak. Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan, iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited.

6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan
Aabar Investment PJS, sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky, iaitu dalam bentuk unit dana di BSI. Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos, tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB.

7. Kenapa BSI bukan bank lain? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB.

8. Tidak timbul soal dana hilang dan ada sejumlah dana yang 'lesap' yang dibayar kepada Jho Lo.

Kevin, DPP SPRM Bertegas Notis Ke Atas Peguam Rosli Dahlan Ikut Undang-undang

$
0
0
KUALA LUMPUR: Pasukan defendan dalam kes saman peguam Datuk Rosli Dahlan ke atas terhadap 17 defendan termasuk pegawai kanan SPRM dan kerajaan ekoran penahanannya menegaskan bahawa tindakan membabitkan beliau telah diambil mengikut undang-undang.

Kevin Anthony Morais, yang pernah bertindak sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) SPRM menegaskan bahawa tindakan mengeluarkan notis ke atas Rosli berkenaan status aset, dilakukan mengikut undang-undang.

Kevin yang kini berkhidmat di Jabatan Peguam Negara berpandangan tindakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang dan sah.

Saksi defendan mula memberi keterangan mulai 8 Jun (Isnin).

Dia yang memberi keterangan sebagai saksi pertama di Mahkamah Tinggi hari ini memberitahu bahawa dia percaya memiliki alasan yang kukuh untuk mengeluarkan notis ke atas Rosli.

"Ia dikeluarkan mengikut siasatan yang dijalankan dan mengikut undang-undang," kata beliau dipetik portal Free Malaysia Today.

Kevin juga bekas Timbalan Pengarah Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.
 
Dia mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.
 
Peguam itu mendakwa bahawa SPRM (dahulunya Badan Pencegah Rasuah, BPR) memutuskan untuk mendakwa beliau meskipun beliau menawarkan secara bersumpah untuk memberikan butiran yang diperlukan mengikut notis itu.
 
BPR dinaikkan taraf sebagai SPRM pada tahun 2009.

#Nothing2Hide: Rahman - Dakwaan Tun M berdasarkan tuduhan separuh masak @MPKotaBelud

$
0
0
#Nothing2Hide Rahman - Tun M boleh bertanya secara berhemah, tanpa bersikap konfrontasional, tanpa buat dakwaan berdasarkan tuduhan separuh masak dan berkepentingan

Press Statement
by Datuk Abdul Rahman Dahlan
Minister of Urban Wellbeing, Housing and Local Government
UMNO Supreme Council Member

Comments on The Prime Minister’s Absence at The Dialogue with NGOs.

1. On June 11, it was reported that the Prime Minister YAB Dato’ Sri Najib equating the public debate between him and Tun Dr Mahathir Mohamad as not only inappropriate but would not benefit Barisan Nasional or UMNO in any way.

2. I stand in support of the Prime Minister’s contention because I believe should the debate were to occur, it would turn into “I said, you said” situation. This debate would not augur well with both leaders of the their stature - any progress thereof would not only hurt both of them but the party in general.

3. If Tun Mahathir desires to know in depth on matters concerning 1MDB, he could have just asked properly without being confrontational and using the media to insinuate or worse throwing accusations based on half baked truths and unfounded allegations made by politically interested third parties. I am sure 1MDB or any party related thereto would answer his questions in due time.

4. By the way, much of what Tun is asking will eventually be asked during PAC and Auditor General's investigation. The real facts will eventually emerged from the hearings and proceedings.

5. Any differences between the party members or top leadership within UMNO must be resolved in true family spirit without resorting to public hurls and insinuation which would only lead to slanderous allegation and accusation. Let's not repeat the bitter experience of 2008 when open attack by Tun on Pak Lah led to the worse performance of BN in that general election.

-END-

#Nothing2Hide: Program lancar jika tidak diganggu tamu tak diundang

$
0
0

Kronologi Program Dialog Bersama PM "Nothing To Hide" 
seperti yang dikeluarkan oleh laman facebook Dialog PM bersama NGO


1.Ulasan mengenai program Dialog PM bersama NGO Nothing to Hide tanpa fakta sebenar mengakibatkan ramai tersasar jauh dari kebenaran dan akhirnya meletakkan kesalahan ke atas tempat yang salah. 

2.Saya telah mengambil sedikit masa untuk meneliti bahan-bahan yang disebarkan berkaitan program Dialog PM bersama NGO dan bertanya beberapa orang urusetia program bagi memahami kronologi peristiwa yang berlaku.

3.Program Dialog PM bersama NGO adalah suatu program yang sangat baik. Ia adalah platform masyarakat sivil yang membolehkan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) berdialog dan berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesuai dengan temanya Nothing To Hide, pemimpin dan ahli NGO boleh bertanyakan apa sahaja kepada Perdana Menteri. 

4.Perdana Menteri juga telah BERSETUJU untuk hadir dan bersetuju dengan tema program, iaitu Nothing To Hide kerana tidak ada apa yang ingin beliau sembunyikan. Beliau sendiri memberikan tarikh 5 Jun, iaitu sebelum beliau berangkat menunaikan umrah dan PWTC dicadangkan sebagai lokasi program bagi memudahkan peserta menunaikan solat Jumaat.

5.Persetujuan PM diperolehi pada tarikh 19 Mei. Bermaksud urusetia mempunyai kurang daripada tiga minggu (17 hari) untuk membuat persiapan. Mesyuarat pertama mengenainya dibuat pada 21 Mei. Pengumuman pertama dibuat pada hari Ahad, 31 Mei dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan sidang media pertama dibuat pada 2 Jun.

6.Jemputan dibuat melalui dua cara, pertama secara langsung kepada sejumlah NGO. Kedua, secara terbuka melalui hebahan media. Hanya 1,200 tempat disediakan di dalam dewan. NGO yang berminat perlu mendaftarkan diri dan kad jemputan akan diberikan berdasarkan siapa yang terlebih dahulu membuat permohonan (first come first serve).

7.Semua urusan berjalan lancar tanpa banyak masalah sehingga ada kenyataan media sosial daripada seorang pemberita pada 3 Jun bahawa pegawai Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kedatangan beliau ke majlis ini. Selepas itu, urusetia menerima banyak panggilan bagi mengesahkan kehadiran Tun M. 


Tweet pertama yang mengundang masalah

8.Jawapan yang diberikan urusetia adalah `tidak pasti’ kerana tidak ada jemputan rasmi dibuat kepada Tun M. Urusetia tidak menjangkakan Tun M akan datang memandangkan program ini tidak kena dengan taraf beliau. Lagipun program ini lebih khusus untuk PM dan kehadiran Tun M amat tidak sesuai disebabkan serangan beliau terhadap PM kebelakangan ini.

9.Pada malam yang sama, ada mesej disebarkan menjemput seramai mungkin ahli Perkasa Selangor ke PWTC. Dalam mesej tersebut dinyatakan program ini adalah `program terbuka’ (sedangkan program ini hanya untuk jemputan) dan kehadiran ahli Perkasa ini adalah untuk menjaga keselamatan Tun M. 


Paparan skrin mesej jemputan daripada Perkasa yang disebarkan melalui media sosial di panjangkan oleh Pak Darus Saat dalam Kumpulan Whatsapp (1) Melayu Berani Bersatu. Dato Hamidah Osman adalah antara ahli dalam kumpulan ini.


10.Kehadiran Tun M dan mesej jemputan kepada ahli Perkasa ini mengundang masalah baru kerana dilihat oleh pihak berkuasa sebagai provokasi dan tanda permulaan kekecohan.

11.Pada malam Khamis, 4 Jun, urusetia telah memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan tentang kehadiran Tun M dan ahli Perkasa. Pihak polis dan Pihak Keselamatan PWTC turut dijemput bagi mendapatkan pandangan. 

12.Dalam mesyuarat khas ini, urusetia telah ditanya sama ada terdapat di kalangan mereka yang membuat jemputan rasmi kepada Tun M. Semua anggota, termasuk Datuk Khairul Anuar Rahmat, Pengerusi Suka Guam menafikan ada menjemput Tun M. 

13.Memandangkan Tun M tetap ingin hadir walaupun tidak dijemput, maka pihak urusetia, pihak polis dan keselamatan PWTC telah berbincang sama ada mahu membenarkan Tun M masuk atau tidak. Terdapat DUA pandangan. Pertama, untuk tidak membenarkan Tun M masuk kerana sebarang pertikaman lidah antara Tun M dan PM akan merosakkan imej kedua-dua pemimpin, UMNO dan negara. Lebih buruk lagi jika pertikaman lidah ini disahut penyokong masing-masing sehingga mengundang kejadian yang tidak diingini. Pandangan kedua, adalah untuk membenarkan beliau masuk.

14.Urusetia akhirnya bersetuju membenarkan Tun M masuk dengan syarat, hanya dua kerusi disediakan di bawah pentas bersama tetamu kehormat yang lain, iaitu untuk Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah. Tiada pengiring dan penyokong Tun M dibenarkan masuk. Sebuah bilik menunggu juga disediakan supaya Tun M dan tetamu kenamaan lain dapat menunggu dengan selesa.


Kerusi yang disediakan oleh urusetia untuk Tun M atas dasar menghormati beliau, 
jika beliau benar-benar hadir, bukan bermaksud beliau diundang


15.Perlu ditegaskan bahawa kerusi ini disediakan atas dasar rasa hormat dan bukan bermakna Tun M mendapat undangan. Pada waktu yang sama, seperti audien yang lain, Tun M masih perlu menghormati majlis, tertakluk kepada peraturan majlis dan tidak wajar berbuat sesuka hati di dalam program ini. 

16.SEJAK MALAM KHAMIS lagi, pihak polis telah menyatakan kebimbangan tentang tahap kawalan dan keselamatan majlis. Pihak polis telah mencadangkan agar program ini ditangguhkan, tetapi disebabkan ramai yang telah bekerja keras selama hamper tiga minggu untuk menjayakan program ini, urusetia cuba meyakinkan pihak polis bahawa keselamatan adalah dalam kawalan kerana hanya 1,200 orang jemputan sahaja yang akan berada di dalam dewan. Pihak lain yang tidak menerima jemputan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Jumlah anggota Rela dan pegawai keselamatan PWTC telah ditambah untuk mengawal keadaan. Urusetia juga meminta pihak polis memberi masa sehingga keesokan pagi sebelum keputusan penangguhan majlis ini dibuat. 

17.Pihak polis bersetuju untuk memberi sedikit masa kepada penganjur dan turut menempatkan sejumlah anggota berpakaian preman bagi mengawasi keadaan.

18.Pada hari Jumaat, 5 Jun, sekitar jam 845 pagi, urusetia dimaklumkan bahawa dewan telah penuh sesak. Lebih 1,500 orang sudah berada di dalam dewan dan masih ramai jemputan yang tidak dapat masuk. Urusetia juga telah dihubungi oleh pihak polis yang menasihatkan agar program dibatalkan kerana jumlah audien di dalam dewan sudah melebihi jumlah yang dijanjikan penganjur. 


Jumlah hadirin di dalam dewan telah melebih 1,200, iaitu jumlah peserta jemputan

19.Sekitar jam 855 pagi, urusetia dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan tweet agar program ini dibatalkan. Atas arahan ini, pihak polis telah meminta penganjur segera membuat pengumuman pembatalan program.


Tweet Ketua Polis Negara mengarahkan program dibatalkan


20.Ketika ini Tun M berada di bilik menunggu. Urusetia dimaklumkan bahawa Tun M telah beberapa kali meminta diberikan peluang berucap selama sejam. Bagaimanapun anggota urusetia terbabit memaklumkan bahawa dia tidak dapat membantu Tun M dalam hal itu kerana seperti NGO lain, Tun M hanya dibenarkan bertanya soalan, bukan memberi ucapan.

21.Pada waktu ini, saya sudah berada di dalam dewan, di ruang hadapan pintu depan dewan berhampiran dengan rostrum. Pengacara wanita dari sebuah stesen TV membuat pengumuman bahawa pihak polis telah mengarahkan agar program dibatalkan, tetapi menyebut pihak penganjur `masih berunding’ walaupun hakikatnya telah ada arahan daripada pihak polis untuk membatalkan program.

22.Tidak berapa lama selepas itu, Datuk Khairul mengambil tempat di rostrum. Baru sahaja beliau ingin mengucapkan sesuatu, rombongan Tun M telah merempuh pintu hadapan dan meluru masuk ke atas pentas. Lokman Noor Adam yang berada di hadapan pintu, saya berhampiran pentas, Datuk Khairul yang berada di rostrum dan ramai lagi telah dirempuh secara kasar oleh rombongan Tun M.



23.Di atas pentas, seorang urusetia telah memaklumkan Tun M bahawa kerusi yang disediakan untuk Tun M berada di bawah pentas. Namun Tun M tidak berganjak dan penyokong-penyokong beliau mendesak agar beliau diberikan peluang berucap. Selepas seketika Tun M berucap, seorang anggota polis dengan sopan meminta Tun M berhenti berucap. Tun M akhirnya akur, bagaimanapun meneruskan dengan mengadakan sidang akhbar di atas pentas yang sama.



24.Siapa salah? Di mana silapnya?

25.Adakah program ini salah atau bodoh (a stupid program)? Tidak mungkin sebuah program yang membenarkan PM berinteraksi dengan 1,200 orang ahli dari 313 NGO seluruh negara, membolehkan mereka bertanya apa saja soalan dan menggambarkan kredibiliti dan ketelusan PM boleh dianggap sebagai program yang tidak baik dan bodoh. 

26.Adakah ini salah penganjur? Ya dan tidak. Ya mungkin kerana kelemahan dalam aspek kawalan keselamatan dan pendaftaran sehingga lebih 1,500 orang berada di dalam dewan. Ya, kerana mereka lambat membatalkan program seperti yang dinasihatkan oleh polis dan terlalu memberi muka kepada Tun M. Tidak, kerana dalam tempoh kurang daripada 3 minggu mereka berjaya menyusun program ini dengan baik dan mendapat penyertaan 1,200 orang peserta dari 313 NGO. Mereka juga telah mendapatkan nasihat polis dan pegawai keselamatan PWTC bagi mengendalikan hal kawalan keselamatan.

27.Adakah ini salah PM? Tidak, PM telah BERSETUJU untuk hadir. PM juga telah BERSETUJU dengan tema Nothing To Hide dan menjawab segala persoalan dengan telus. Program telah dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara dan polis telah menasihat PM agar tidak hadir.

28.Adakah salah Tun M dan penyokongnya? Tun M dan sebahagian besar pengikutnya adalah tetamu yang tidak diundang. Kehadiran Tun M menyebabkan penganjur menjadi serba salah. Tun M mendesak untuk berucap selama sejam sejak di bilik menunggu lagi. Tun M juga tidak berganjak dari atas pentas ke tempat duduk yang disediakan di bawah pentas. Penyokong Tun M sengaja mensabotaj majlis apabila menghantar mesej mengajak ahli Perkasa Selangor hadir beramai-ramai dan berbohong bahawa program ini adalah `program terbuka untuk sesiapa sahaja’. Ada di antara mereka juga telah menyelinap memasuki dewan lebih awal dan ada yang merempuh pintu semasa mengiringi Tun M masuk. 

29.Dalam penganjuran program ini, rukun yang penting adalah penganjur, pengisian, peserta dan PM. Dengan empat rukun ini, program boleh berjalan lancar tanpa sebarang masalah sama seperti program-program PM yang lain.

30.Kenapa timbul masalah? Kerana ada satu faktor yang tidak diperlukan dan tidak menyumbang kepada pelaksanaan program, iaitu pengganggu. Penganjur, pengisian, peserta dan PM apabila ditambah penganggu (Tun M dan pengikutnya) mengakibatkan program bermasalah. 

31.Kerja 3 minggu dibazirkan kerana ada penganggu. Bayangkan jumlah masa, tenaga, perbelanjaan dan usaha yang telah dibuat bagi melaksanakan program ini. Bayangkan berapa banyak persoalan mengenai isu semasa yang boleh dijawab oleh PM dalam masa 2 jam. Bayangkan kesannya jika jawapan ini sampai kepada rakyat melalui 1,200 pemimpin dari 313 buah NGO sekiranya program ini dapat dijayakan tempoh hari. 

32.Tidakkah ia akan membantu kerajaan BN? Kenapa PM diganggu dari memberi JAWAPAN?

33.Suatu masa dulu, semasa Tun menjadi PM, saya pernah mendengar Tun M menyelar tetamu yang tidak diundang di bumi Palestin, yang mengambil sedikit demi sedikit tanah rakyat Palestin sehingga akhirnya mengambil alih bumi Palestin dan mengusir rakyat Palestin. Tun M mungkin sudah lupa mengenainya, tetapi saya masih ingat ucapan Tun M itu. Bukankah ini yang berlaku dalam program Dialog PM bersama NGO?

34.Datuk Khairul Anuar dan urusetia terlalu baik dan sopan terhadap Tun M. Kesilapan mereka hanyalah kerana menyediakan dua buah kerusi yang akhirnya mengakibatkan bukan sahaja pentas dikuasai Tun M, malah seluruh program diambil alih.

#1MDB: Arul dedahkan Tun M berbohong lagi

$
0
0
Satu demi satu dakwaan Tun M dibuktikan tidak berasas, palsu dan pembohongan

Media statement issued by 1Malaysia Development Berhad on 16 June 2015

For immediate publication

Facts in relation to blog posting entitled “More Investments by 1MDB” by Tun Dr. Mahathir Mohamad

1.                  Tun Mahathir claims that “PetroSaudi did not pay a single cent” in a joint venture with 1MDB.

·        PetroSaudi, via a subsidiary company, owned assets, comprising rights to oil fields in Turkmenistan and Argentina, worth approximately USD2.7 billion. These assets were sold by PetroSaudi to another subsidiary, “JV Co”, which at the time of the asset sale, was a company formed by and initially 100% owned by PetroSaudi for the purposes of a proposed joint venture with 1MDB.

·        In return for the USD2.7 billion asset transfer, JV Co had to pay PetroSaudi USD700 million. This indebtedness resulted from the asset transfer. Accordingly, there was no loan made or “to settle”.

·        On 29 September 2009, 1MDB executed a joint-venture agreement with PetroSaudi. Upon completion of an independent valuation, 1MDB contributed USD1 billion of cash in return for 40% ownership of JV Co, and PetroSaudi was left with a 60% stake in the JV Co. In effect; 1MDB’s contribution was in cash, whereas PetroSaudi’s contribution was in independently valued assets worth USD2.7 billion.

·        It was part of the joint-venture agreement that, of the USD1 billion from 1MDB, USD700 million would be used to pay PetroSaudi for the initial asset transfer to JV Co (see above) whereas USD300 million would remain in JV Co. Upon satisfaction with the independent valuation, as per the joint-venture agreement, 1MDB made a payment of USD700 million to a subsidiary of PetroSaudi, and obtained legal title to 40% share of JV Co, a company with independently valued assets worth USD2.7 billion at the time.

        Accordingly, PetroSaudi had full rights to the USD 700 million paid by 1MDB and these funds were for PetroSaudi to use, at its discretion.

2.                  Tun Mahathir claims:  “suddenly, USD 300 million of the payment by 1MDB is converted to a Murabaha loan”. He further claimed “We really don’t know where it is”.

·        The joint venture with PetroSaudi was terminated in March 2010, with PetroSaudi assuming 100% ownership of JV Co. 1MDB converted its USD1 billion of equity in JV Co to murabaha notes issued by JV Co, under the terms of a Murabaha Financing Agreement. PetroSaudi, as 100% owner of JV Co, fully guaranteed JV Co’s obligations under the murabaha notes.

·        1MDB then made further investments of USD500 million and USD330 million in additional murabaha notes issued by JV Co.

·        In total, 1MDB invested USD1.83 billion cash in murabaha notes issued by JV Co, a company that, by then, was 100% owned by PetroSaudi following the termination of the joint venture in March 2010.

·        In June 2012, the entire USD1.83 billion amount invested by 1MDB in murabaha notes was repaid, by way of conversion into shares of Petrosaudi Oil Services Limited, for a value of USD2.22 billion.

·        In September 2012, 1MDB sold its shares in PetroSaudi Oil Services Limited for USD2.318 billion and received fund units in a Cayman registered fund. The Cayman registered fund is managed by Bridge Partners, a Hong Kong-based fund manager. These fund units were owned by 1MDB via its 100% subsidiary, Brazen Sky, and held through BSI Bank Singapore as custodian.

·        Accordingly, 1MDB invested a total of USD1.83 billion with PetroSaudi (initially as equity, then as murabaha notes), and ultimately owned USD2.318 billion of fund units i.e. a gain over time of USD488 million.

·        The facts detailed above can be verified by reference to the notes to the audited financial statements of 1MDB dated 31.03.2010, 31.03.2012 and 31.03.2014.

3. Tun Mahathir has stated: “Arul Kanda said he saw the cash there and Prime Minister said the money was there. It was not brought back because Bank Negara would ask too many questions. But Bank Negara must get the approval of the Minister according to the law for approving or disapproving any transaction. And the Minister is the effective head of 1MDB. So what is so difficult about getting Bank Negara’s approval?”


·        Despite Tun Mahathir’s vigorous claims, it is a fact that Arul Kanda never said he “saw the cash”. He is on the record as saying he had “seen the statements”, referring to the fund unit ownership and redemptions.

·        Tun Mahathir repeats in his blog posting the original MOF answer to Parliament, but has chosen to ignore the amended answer by MOF and the clarification issued by Arul Kanda on 10 June 2015.

·        There was indeed a misunderstanding on information provided by 1MDB to MOF, which required the original Parliamentary answer to be subsequently amended. This is a matter of public record and has been acknowledged by 1MDB.

·        As the President of the company, Arul Kanda takes full responsibility for this misunderstanding and will ensure better communication with all stakeholders. Furthermore, as clarified by the MOF, appropriate steps have already been implemented to prevent this happening again in the future.

·        We must accordingly question why must Tun Mahathir keep repeating his earlier statement, when clarification has been provided and responsibility has been accepted.

·        As for Tun Mahathir’s reference to Bank Negara Malaysia, it is a fact that Bank Negara Malaysia is presently conducting an investigation on 1MDB. It is only appropriate to await the outcome of this investigation instead of casting doubt and sharing half-truths in the public domain.


4.                  Tun Mahathir claims: “1MDB and the Prime Minister have not shown proof of the existence of the money from Cayman Islands. Is it in Singapore or has USD1 billion dollars disappeared?”

·        From the answer to question (2) above, it should be clear that from September 2012, 1MDB owned, via its subsidiary Brazen Sky, fund units in a Cayman Registered Fund, with a valuation of USD2.318 billion as of31.03.2015. These fund units were held through BSI Bank Singapore, as custodian. This has been the case since 2012.

·        The existence of USD2.318 billion in fund units has never been questioned, and this value was included in the audited financial statements dated31.03.2014, which must provide a true and fair value of the assets of the company.

·        In fact, the first tranche of USD1.22 billion fund units was redeemed in cash in 2014 and the cash proceeds were used to pay for termination of options relating to the energy business, granted to Aabar, working capital and interest payments - as outlined in the company’s publicly available financial accounts.

·        As for the remaining USD1.1 billion of fund units, these have also been redeemed, as previously announced by 1MDB. All “documentary proof” on this redemption will be provided to auditors of 1MDB and the lawful authorities.

·        Despite repeated public clarifications, Tun Mahathir chooses to ask the same question again and again. One must question the motive behind why he keeps saying that the “USD1billion is missing” when it is obvious that the funds have been accounted for and audited.

·        Furthermore, Tun Mahathir has been quoted on the record as stating “RM42 billion is missing”. He now states that “USD1 billion is missing”. This continuous change in figures is perplexing, and raises questions as to the motivation behind these ever-changing claims.

5. Tun Mahathir claims: “Statements without documentary proof are, as we have seen, quite useless. We need proof of all the investments and payments made by the 1MDB. But no proof has been shown accept (sic) for the acquisition of the power plants and purchase of Government land in Kuala Lumpur and private land in Penang. Until signed documentary proofs and not just statements by the Chief Executive Officer or Prime Minister, are shown, we have to assume that the money borrowed by 1MDB has disappeared.”

·        “Documentary proof” for all the assets of 1MDB, including the fund units and other financial assets of 1MDB, has been presented to the auditors of 1MDB. It is based on this that 1MDB’s accounts have been signed off by the auditors, without qualification.

·        In addition, “documentary proof” has now been presented to the Auditor-General and Bank Negara Malaysia, the lawful authorities, who we would expect to carefully scrutinise these documents.

·        We are fortunate in Malaysia to have rule of law which states a party is “innocent until proven guilty”. Due process requires that the lawful authorities first undertake investigations, establish the facts and take action accordingly.

The Prime Minister has already said, on numerous occasions, that if any wrongdoing is proven, action will be taken. 1MDB fully supports this position and is accordingly cooperating fully with the lawful authorities in their ongoing investigations.

About 1MDB

1MDB is a strategic development company wholly-owned by the Government of Malaysia. 1MDB drives market-driven initiatives to help transform Malaysia into a thriving economy – one that is highly competitive, inclusive and sustainable. 1MDB forges international partnerships through joint ventures focused on high-impact projects.

Kenyataan Media #1MDB - Tun M berbohong mengenai usaha sama PetroSaudi (Bahasa Melayu)

$
0
0
Nota: Satu demi satu dakwaan Tun M mengenai 1MDB dibuktikan tidak berasas, palsu dan merupakan pembohongan.

Kenyataan Media 1Malaysia Development Berhad
Selasa Jun 16, 2015

Fakta berhubung dengan blog posting bertajuk "More Investments by 1MDB" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Tun Mahathir mendakwa bahawa "PetroSaudi tidak membayar satu sen pun" dalam usaha sama dengan 1MDB.

PetroSaudi, melalui anak syarikatnya, memiliki aset yang terdiri daripada hak ke atas kawasan minyak di Turkmenistan dan Argentina, bernilai kira-kira USD2.7 bilion. Aset-aset ini telah dijual oleh PetroSaudi kepada anak syarikat lain, iaitu "JV Co", yang pada ketika penjualan aset, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh PetroSaudi dan pada asalnya dimiliki 100% oleh syarikat tersebut, untuk cadangan usaha sama dengan 1MDB.

Sebagai balasan ke atas pemindahan aset bernilai USD2.7 bilion, JV Co perlu membayar PetroSaudi sebanyak USD700 juta. Hutang ini adalah hasil daripada pemindahan aset. Dengan itu, tiada sebarang pinjaman dibuat atau "untuk menyelesaikan".

Pada 29 September 2009, 1MDB memeterai perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi. Sebaik selesai penilaian bebas, 1MDB telah menyumbang USD1 bilion tunai sebagai balasan untuk pemilikan 40% daripada JV Co, dan PetroSaudi masih mempunyai pegangan 60% dalam JV Co. Hakikatnya; sumbangan 1MDB adalah dalam bentuk tunai, manakala sumbangan PetroSaudi adalah aset yang telah dinilaikan secara bebas bernilai USD2.7 bilion.

Antara perkara dalam perjanjian usaha sama itu adalah, daripada jumlah USD1 bilion yang disumbangkan oleh 1MDB, USD700 juta akan digunakan untuk membayar PetroSaudi untuk pemindahan asal aset untuk JV Co (lihat di atas) manakala USD300 juta akan kekal dalam JV Co. Selepas berpuas hati dengan penilaian bebas, seperti dalam perjanjian usaha sama, 1MDB telah membuat pembayaran sebanyak USD700 juta kepada anak syarikat PetroSaudi, dan memperolehi hakmilik kepada bahagian 40% daripada JV Co, sebuah syarikat yang mempunyai aset bernilai bebas bernilai USD2.7 bilion pada masa itu.

Atas sebab itu, PetroSaudi mempunyai hak mutlak ke atas USD 700 juta yang dibayar oleh 1MDB dan dana ini adalah boleh digunakan oleh PetroSaudi mengikut kehendak dan keperluannya.

2. Tun Mahathir mendakwa: "tiba-tiba, USD 300 juta bayaran oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha". Beliau mendakwa "Kita memang tidak tahu di mana ia berada".

Usaha sama dengan PetroSaudi telah ditamatkan pada bulan Mac 2010, dengan PetroSaudi mengambil semula pemilikan 100% daripada JV Co. 1MDB telah menukar ekuiti USD1 bilion dalam JV Co kepada nota murabahah yang dikeluarkan oleh JV Co, berdasarkan syarat-syarat Perjanjian Pembiayaan Murabahah. PetroSaudi, sebagai pemilik 100% JV Co, menjamin sepenuhnya obligasi JV Co terhadap nota murabahah ini.

1MDB kemudiannya membuat pelaburan tambahan sebanyak USD500 juta dan USD330 juta ke atas nota murabahah tambahan yang diterbitkan oleh JV Co.

Secara keseluruhan, 1MDB melabur USD1.83 bilion tunai dalam bentuk nota murabahah yang dikeluarkan oleh JV Co, sebuah syarikat yang pada ketika itu, telah dimiliki 100% oleh PetroSaudi berikutan penamatan usaha sama itu pada bulan Mac 2010.

Pada bulan Jun 2012, keseluruhan USD1.83 bilion jumlah yang dilaburkan oleh 1MDB dalam nota murabahah telah dibayar balik, melalui penukaran kepada saham-saham PetroSaudi Oil Services Limited, untuk nilai USD2.22 bilion.

Dalam bulan September 2012, 1MDB menjual saham-saham dalam PetroSaudi Oil Services Limited untuk USD2.318 bilion dan menerima unit dana melalui dana berdaftar Cayman. Dana berdaftar Cayman ini diuruskan oleh Bridge Partners, iaitu pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong. Unit-unit dana ini dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat 100% miliknya, iaitu Brazen Sky, dan dipegang oleh BSI Bank Singapura sebagai penjaga.

Hakikatnya, 1MDB telah melabur sebanyak USD1.83 bilion dengan PetroSaudi (pada mulanya sebagai ekuiti, kemudiannya sebagai nota murabahah), dan akhirnya memiliki USD2.318 bilion unit dana iaitu pulangan sebanyak USD488 juta.

Fakta-fakta yang dinyatakan di atas boleh disahkan dengan merujuk kepada nota-nota kepada penyata kewangan yang telah diaudit 1MDB bertarikh 31/03/2010, dan 31/03/2012 dan 31/03/2014.

3. Tun Mahathir menyatakan: "Arul Kanda berkata dia melihat wang tunai yang ada dan Perdana Menteri berkata wang itu ada di sana. Ia tidak dikembalikan kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan. Sedangkan Bank Negara, menurut undang-undang perlu mendapatkan kelulusan Menteri bagi meluluskan atau tidak meluluskan sebarang transaksi. Pada ketika yang sama, Menteri pula adalah ketua kepada 1MDB. Jadi apa yang begitu sukar tentang mendapatkan kelulusan Bank Negara? "

Berlawanan dengan dakwaan Tun Mahathir ini, hakikatnya Arul Kanda TIDAK PERNAH berkata beliau "melihat wang tunai". Beliau, seperti yang direkodkan, berkata, beliau telah "MELIHAT PENYATA TERSEBUT", merujuk kepada pemilikan dan penebusan unit dana tersebut.

Tun Mahathir mengulangi lagi di dalam blognya jawapan asal Kementerian Kewangan (MOF) kepada Parlimen, tetapi memilih untuk mengenepikan terus jawapan yang dipinda oleh MOF dan penjelasan yang dibuat oleh Arul Kanda pada 10 Jun 2015.

Sememangnya terdapat salah faham berkaitan maklumat yang diberikan oleh 1MDB kepada MOF, yang kemudiannya menyebabkan jawapan asal Parlimen ini perlu dipinda. Ini adalah urusan rakaman awam dan ia telah diperakui oleh 1MDB.

Sebagai Presiden syarikat, Arul Kanda mengambil tanggungjawab penuh ke atas salah faham ini dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik dengan semua pihak berkepentingan. Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku sekali lagi pada masa akan datang.

Pada waktu yang sama, kita perlu mempersoalkan punca Tun Mahathir mengulangi secara berterusan kenyataan awalnya sebelum ini, sedangkan penjelasan telah diberikan dan tanggungjawab telah diambil.

Berkaitan soal Bank Negara Malaysia yang disebut Tun Mahathir, hakikatnya Bank Negara Malaysia ketika ini sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Adalah lebih wajar untuk menunggu hasil siasatan yang dibuat ini dan bukannya menimbulkan lagi keraguan dan menyebarkan cerita yang separuh benar di dalam domain awam.

4. Tun Mahathir mendakwa: "1MDB dan Perdana Menteri tidak menunjukkan bukti kewujudan wang dari Kepulauan Cayman. Adakah ia di Singapura atau USD1 bilion ini lesap? "

Dari jawapan kepada soalan (2) di atas, jelas bahawa sejak bulan September 2012, 1MDB memiliki, melalui anak syarikatnya Brazen Sky, unit dana dalam Tabung Berdaftar Cayman, yang bernilai sebanyak USD2.318 bilion pada tarikh 31/03/2015. Unit-unit dana telah dipegang melalui BSI Bank Singapura, sebagai penjaga. Ini telah berlaku sejak 2012.

Kewujudan USD2.318 bilion dalam unit dana tidak pernah dipersoalkan, dan nilai ini telah dimasukkan ke dalam penyata kewangan beraudit bertarikh 31/03/2014, yang memberikan nilai sebenar dan saksama aset syarikat.

Malah, tranche pertama USD1.22 bilion unit dana telah ditebus secara tunai pada tahun 2014 dan hasil tunai tersebut digunakan untuk membayar penamatan pilihan yang berkaitan dengan perniagaan tenaga, yang telah diserahkan kepada Aabar, modal kerja dan faedah pembayaran - seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan syarikat yang boleh diperolehi awam.

Baki USD1.1 bilion unit dana ini juga telah ditebus, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh 1MDB. Semua "bukti berdokumen" berkaitan penebusan ini akan diserahkan kepada juruaudit 1MDB dan pihak berkuasa yang sah.

Biarpun penjelasan awam telah dibuat berulang kali, Tun Mahathir memilih untuk bertanya soalan yang sama, berulang-ulang kali. Seseorang perlu mempersoalkan motif tersembunyi kenapa dia secara berterusan mengatakan bahawa "USD1 bilion ini lesap"sedangkan jelas bahawa dana ini telah diambil kira dan diaudit.

Tun Mahathir pernah dipetik, sebagai berkata bahawa "RM42 bilion telah hilang". Kini dia menyatakan pula "USD1 bilion yang hilang". Perubahan yang berterusan dalam jumlah yang disebut membingungkan dan menimbulkan persoalan tentang motivasi di sebalik dakwaan yang sentiasa berubah-ubah ini.


5. Tun Mahathir mendakwa: "Penyata tanpa bukti berdokumen, seperti yang kita lihat, tidak berguna. Kita perlu bukti mengenai semua pelaburan dan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB. Tetapi tiada bukti yang ditunjukkan melainkan bagi pembelian loji janakuasa dan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah persendirian di Pulau Pinang. Sehingga bukti berdokumen yang bertandatangan dan bukan hanya kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif atau Perdana Menteri, ditunjukkan, kita perlu menganggap bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang."

"Bukti Berdokumen" untuk semua aset 1MDB, termasuk unit-unit dana dan aset kewangan lain 1MDB, telah dikemukakan kepada juruaudit 1MDB. Adalah berdasarkan kepada ini, akaun 1MDB telah ditandatangani oleh juruaudit, tanpa syarat.

Di samping itu, "bukti berdokumen" ini telah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang sah, yang kita jangka akan menyemak dokumen-dokumen ini dengan lebih teliti.

Kita di Malaysia beruntung kerana mempunyai undang-undang yang menyatakan sesuatu pihak itu "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah". Proses yang betul memerlukan pihak berkuasa yang sah menjalankan siasatan terlebih dahulu, membina fakta-faktanya dan mengambil tindakan berdasarkan fakta-fakta tersebut.

Perdana Menteri telah beberapa kali menyatakan, dalam sejumlah kenyataan, bahawa sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dibuktikan, tindakan akan diambil. 1MDB menyokong penuh pendirian ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang sah dalam penyiasatan mereka.

#1MDB jawab satu persatu pembohongan Tun M dalam blognya.

$
0
0
Fakta-fakta berkaitan dengan tulisan blog bertajuk “the 1MDB story” oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad

1.Tun Mahathir mendakwa bahawa ada “cubaan untuk merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA)” dan “Terengganu dengan sewajarnya menarik diri kerana tidak mahu membiarkan telaga minyaknya menganggung risiko”.  

Tiada cubaan untuk merampas wang TIA.
Pada 2009, pelbagai perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Terengganu tentang sumbangan setiap pihak kepada TIA. Beberapa cadangan telah dibincangkan berkenaan perkara ini.
Akhirnya, sumbangan Kerajaan Persekutuan terdiri daripada jaminan untuk terbitan sukuk bernilai RM5 bilion oleh TIA. Ini berlaku pada 29 Mei 2009, sebelum TIA dijadikan badan milik kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada TIA yang membawa kepada entiti tersebut dijadikan badan milik kerajaan Persekutuan pada bulan Julai 2009.

2. Tun Mahathir mendakwa, berkenaan dengan sukuk RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan tersebut, bahawa “tiada bukti bahawa satu kertas kabinet telah disediakan dan dibentangkan untuk diluluskan walaupun jumlahnya yang luar biasa besarnya”.

Bertentangan dengan dakwaan Tun Mahathir, satu kertas Kabinet mengenai perkara ini telah disediakan dan telah diluluskan oleh Kabinet, sejajar dengan amalan standard serta seperti yang diperlukan untuk semua jaminan kerajaan.
Malahan, jaminan kerajaan tersebut bukanlah di luar belanjawan (off budget) seperti yang didakwa.  Ianya merupakan satu liabiliti yang jelas dan diakui oleh kerajaan persekutuan, yang merupakan pemegang saham 100% 1MDB.    

3. Tun Mahathir mendakwa bahawa “Goldman Sachs yang diamanahkan untuk meraih pinjaman” dan “Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen”.

Keseluruhan dasar kenyataan ini adalah salah kerana Sukuk tersebut diaturkan oleh Ambank, bukan Goldman Sachs.
Ambank menaja jamin keseluruhan terbitan sukuk (dengan kata lain, ia mengambil risiko untuk memberikan RM5 billion kepada 1MDB) dan dengan itu wajar menerima sebarang komisen kerana berbuat demikian.

4. Tun Mahathir mendakwa “Pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan … biasanya dikenakan faedah sebanyak 3% atau kurang. Tetapi pinjaman 1MDB dikenakan faedah berjumlah hampir 7%”.

Ia adalah satu fakta yang boleh disahkan melalui semakan pada laman web Bank Negara Malaysia, bahawa pada 29 Mei 2009 (tarikh di mana sukuk RM5 bilion tersebut diterbitkan), kadar hasil bagi bon-bon yang diterbitkan oleh Kerajaan adalah 2.82% (3 tahun kematangan), 3.56% (5 tahun kematangan) dan 4.27% (10 tahun kematangan). Ianya jelas menunjukkan bahawa untuk setiap tambahan tahun kematangan, hasilnya adalah lebih tinggi.    
Sukuk RM5 bilion yang diterbitkan 1MDB mempunyai tempoh kematangan selama 30 tahun.  Maksudnya, ia akan mencapai tempoh kematangan pada tarikh yang tiga kali lebih lama daripada bon 10 tahun kerajaan yang mempunyai tempoh kematangan paling lama pada ketika itu.  Tiada bon 30 tahun kerajaan yang lain yang diterbitkan untuk dijadikan perbandingan.    
Sukuk 1MDB diterbitkan pada harga diskaun kira-kira 88, iaitu diskaun pada nilai muka 100, yang merupakan amalan biasa bagi instrument pendapatan tetap. Diskaun ini merupakan faedah tambahan kepada pelabur-pelabur Sukuk tersebut. Diskaun ini, apabila ditambah dengan kupon 5.75%, memberikan hasil sebanyak kira-kira 6.15% - bukan 7% seperti yang didakwa Tun Mahathir.      
Berdasarkan logik yang dinyatakan di atas, 1MDB menerima pembiayaan 30 tahun untuk Sukuknya pada hasil 6.15%.  Sebagai perbandingan, bon 10 tahun kerajaan mempunyai hasil pada kadar 4.27%.  Mengambil kira perbezaan dalam tempoh kematangan, ini merupakan hasil yang baik sekiranya dihitung dengan mana-mana kayu pengukur dalam pasaran pendapatan tetap.
   
5. Tun Mahathir mendakwa “Dalam semua RM42 bilion yang dipinjam…. Tetapi faedah ke atas RM42 bilion pastinya mencecah kira-kira RM3 bilion setahun”.  

Angka-angka yang dipetik oleh Tun Mahathir adalah salah. Untuk penjelasan; kos faedah ke atas hutang RM42 billion oleh 1MDB pada 31.03.2014 adalah RM2.4 bilion. Ianya 20% lebih rendah berbanding apa yang didakwa Tun Mahathir.  

6. Tun Mahathir mendakwa “…semua orang tahu Ananda Krishnan terpaksa memberi RM2 bilion untuk membayar faedah”.

1MDB memang meminjam RM2 bilion seperti yang diatur oleh anak syarikat Tanjong PLC. Hasil-hasil ini digunakan untuk membayar pinjaman RM2 bilion yang diberikan oleh satu sindiket peminjam tempatan. Ianya bukan digunakan untuk membayar faedah, seperti yang didakwa Tun Mahathir.
Berkenaan rasional di sebalik pembiayaan yang diaturkan oleh Tanjong PLC untuk 1MDB, kami merujuk kepada nota 41 (iii) (h) pada muka surat 170 dalam penyata kewangan 1MDB bertarikh 31 Mac 2014.  
Nota tersebut menyatakan bahawa “Pada 7 Ogos 2014, PIH (Powertek Investment Holdings), sebuah anak syarikat Syarikat (iaitu 1MDB), memeterai sebuah Perjanjian Langganan (Subscription Agreement) dengan Tanjong di mana Tanjong bersetuju melanggan ekuiti dalam PIH, sehingga RM2.0 bilion apabila berlangsungnya sesuatu perkara… di mana hasil-hasil hendaklah digunakan hanya untuk pembayaran semula atau prapembayaran (prepayment) oleh PIH terhadap sebarang amaun hutang di bawah fasiliti pinjaman RM5.5 bilion yang diuruskan oleh Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad… ”      
Berdasarkan kenyataan di atas, ianya jelas menunjukkan bahawa Tanjong mempunyai tanggungjawab untuk melanggan ekuiti berjumlah RM2.0 bilion dalam PIH, di mana hasil-hasilnya akan digunakan untuk membayar balik fasiliti pinjaman.
Dukacitanya, seperti yang dijelaskan sebelum ini, 1MDB terikat dengan perjanjian kerahsiaan (confidentiality agreements) dan tidak boleh mengulas lanjut tentang mengapa pelaburan ekuiti berjumlah RM2.0 bilion tersebut kemudiannya dipersetujui oleh kedua belah pihak untuk menjadi pinjaman RM2.0 bilion tetapi kami percaya fakta-fakta yang dikongsi di atas telah memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara ini.    

7. Tun Mahathir mendakwa, berkenaan dengan pembelian IPP oleh 1MDB “Mengapa 1MDB tidak menunggu sehingga lesen IPP berkenaan tamat tempoh adalah menjadi misteri”.

Penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB membeli 13 stesen janakuasa berlainan dengan kapasiti penjanaan berjumlah kira-kira 5,500 Megawatts (MW).
Daripada keseluruhan pembelian tersebut, bertentangan dengan dakwaan Tun Mahathir, hanya dua stesen janakuasa yang menghampiri tempoh “tamat lessen” iaitu stesen janakuasa Powertek berkapasiti 440 MW pada Januari 2016 dan stesen janakuasa KLPP (Genting) pada Februari 2016.
“Lesen” untuk stesen janakuasa KLPP telah pun dilanjutkan bagi tempoh 10 tahun, membuktikan bahawa ianya merupakan pembelian aset yang baik oleh 1MDB.
Selanjutnya, 1MDB sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk lanjutan lesen bagi stesen janakuasa Powertek berkapasiti 440MW.

8. Tun Mahathir mendakwa berkaitan dengan tanah di Jalan Tun Razak “Kerajaan menjual 70 ekar tanah kepada 1MDB dengan harga RM320 juta”. “Tanah berdekatan telah dijual pada harga RM7000 sekaki persegi.” “1MDB sepatutnya membayar sekurang-kurangnya RM3000 hingga RM4000 sekali persegi.”

Penting untuk dinyatakan di sini bahawa 1MDB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Oleh itu, sebarang pemindahan tanah kepada 1MDB dan sebarang faedah selanjutnya terhadap kenaikan nilai tanah adalah akhirnya 100% untuk Kerajaan Malaysia.
Merujuk angka-angka yang disebut oleh Tun Mahathir, sekali lagi beliau tidak tepat. Hakikatnya, 1MDB membayar RM230 juta, bukan RM320 juta, untuk memperoleh tanah tersebut.
1MDB merupakan pemaju induk dan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai infrastruktur dan aset-aset strategik di atas tanah tersebut.  Kos infrastruktur di TRX, yang mana perlu disediakan 1MDB mengikut kontrak adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM1,500 sekali persegi.  Ini adalah faedah langsung kepada mana-mana pembeli tanah dan menjadi sebahagian daripada harga belian yang dibayar.

9. Tun Mahathir mendakwa, mengenai aset-aset 1MDB bahawa “tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana aset-aset ini dinilai”

Penyata-penyata kewangan 1MDB dengan jelas menunjukkan asas bagi penilaian-penilaian aset.  Selain itu, penilaian-penilaian bebas telah dijalankan oleh penilai profesional. Ini merupakan syarat daripada juruaudit-juruaudit 1MDB yang telah menandatangani akaun-akaun syarikat tanpa sebarang pertikaian.      

Fakta-fakta berkaitan dengan tulisan blog bertajuk “The 1MDB story” oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad | 1MDB - http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/fakta-fakta-berkaitan-dengan-tulisan-blog-bertajuk-%E2%80%9Cthe-1mdb-story%E2%80%9D-oleh-tun-dr

Tun M putar belit, tidak konsisten dan memalukan - Salleh Said Keruak

$
0
0
Dr Mahathir berpusing dan beralih

Dalam temu New York Times, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia telah berjaya kekal stabil dan berkembang dari segi ekonomi selama ini adalah kerana terdapat satu gabungan besar parti-parti politik.

Sebenarnya, 'satu gabungan besar parti-parti' ini masih wujud sehingga hari ini. Ia dipanggil Barisan Nasional dan ia telah ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein kembali pada tahun 1973. Barisan Nasional - tidak seperti Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini sudah berpecah belah - bukan ditutup, seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menyatakan bahawa oleh kerana Barisan Nasional telah berpecah belah ia juga akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang dan beliau juga menyatakan bahawa ini akan menyebabkan ketidakstabilan.

Pertama Dr Mahathir berkata bahawa Barisan Nasional telah berpecah belah. Kemudian dia berkata perpecahan ini akan menyebabkan Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ketiga, disebabkan ini, negara akan menjadi tidak stabil.

Dr Mahathir berkata dalam temu ramah tersebut bahawa demokrasi adalah mengenai hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka sendiri. Kemudian dia berkata jika orang melakukan ini dan tidak memilih Barisan Nasional maka Malaysia akan menjadi tidak stabil. Jadi apa yang sebenarnya ingin Dr Mahathir mengatakan kerana dia kedengaran seperti sangat keliru?

Dr Mahathir menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penjenayah. Penjenayah adalah seorang yang telah disabitkan kerana melakukan jenayah. Najib tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah.

Satu-satunya perkara yang berlaku adalah Dr Mahathir mengatakan bahawa melainkan jika Najib boleh membuktikan dia tidak bersalah maka ia mesti dianggap dia bersalah.

Saya tertanya-tanya apa yang sedang difikirkan oleh media asing mengenai kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang tidak konsisten dan bercanggah. Beliau mula kedengaran amat tidak keruan dan telah memalukan Malaysia.

Salleh Said Keruak

Tun M korban prinsip semata-mata agenda jatuhkan Najib - Shahrir

$
0
0
18 JUN: Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan amat malang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengorbankan prinsipnya semata-mata kerana agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk mula menggunakan media asing untuk memburuk-burukkan Najib dan UMNO sedangkan dahulu Tun Mahathir cukup menentang media asing.

Tan sri dan mahathirPengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan Tun Mahathir ketika ini bertentangan dengan apa yang dipertahankan di zaman pemerintahannya dahulu.

Beliau mengulas wawancara mantan perdana meteri itu dengan The New York Times (NYT)  yang terus mengkritik Najib, 1MDB malah menyifatkan UMNO semakin lemah dan Barisan Nasional (BN) bakal kalah pada PRU akan datang.

“Saya tidak terperanjat dengan serangan Tun Mahathir sebab UMNO sebenarnya semakin kuat apabila menambah kerusi parlimen daripada 80 kepada 88 kerusi pada PRU 13,”.

“Dia (Tun Mahathir) juga sudah serang UMNO ketika itu. Jika kita lihat UMNO semakin kuat dengan ramai muka baru golongan profesional, peguam dan doktor diberikan peluang dalam parti dan jadi ahli parlimen ketika ini,” ujarnya kepada BNBBC.my

Bagi Shahrir, dakwaan Tun Mahathir tidak tepat kerana UMNO bukan bertambah runcing, rosak seperti didakwa sebaliknya proses peremajaan parti dengan memberikan peluang golongan muda serta cerdik tampil ke depan.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu menyatakan kecewanya kerana Tun Mahathir sanggup mengorbankan prinsip kerana agenda dan matlamat mahu menjatuhkan Najib.

“Prinsipnya dahulu, beliau ketepikan. Dulu, beliau seru pertahankan parti ..jangan berpecah. Jangan percaya media asing, tetapi sekarang dia sendiri gunakan New York Times,” jelasnya

BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Tun M korban prinsip semata-mata agenda jatuhkan Najib - http://www.bnbbc.my/?p=50641

Hikmah Taat kepada Ulil Amri dan pengajarannya bagi umat Islam Malaysia

$
0
0


Sosialis & komunis akan buat lebih banyak lagi. Allah swt ajar mudah je, "taat Allah, taat Rasul dan ulil amri di kalangan kamu". Bagi mereka yang berfikir dan memahami hukum, hikmah perintah Allah ini mudah saja - supaya jemaah kuat dan umat Islam boleh jaga agama dan maslahah ummah.

Taat kepada pemimpin negara dan lainnya dari unsur kepemerintahan adalah wajib, asal tidak dalam bermaksiat kepada Allah تعالى. Hal ini berdasarkan firman Allah تعالى;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

"Wahai orang yang beriman, taati Allah dan taati Rasul dan pemerintah (ulil amri) di kalangan kamu,"

Cuma kita saja yang degil, tak nak dengar perintah Allah swt dan cuba justify tindakan kita yang ingkar perintah Allah ni dgn mcm2 alasan.

Berdasarkan sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم dalam hadits Ibnu Umar رضي الله عنهما yang diriwaytak oleh Imam Al-Bukhary dan Imam Muslim;

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ؛ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

"Mendegar dan taat itu wajib atas setiap muslim baik dalam perkara yang disukainya atau tidak disukainya, selama tidak diperintah melakukan maksiat. Jika diperintahkan melakukan maksiat maka tidak boleh mendengar tidak boleh taat."

(Kita tetap wajib taat kepada pemerintah) Sama saja pemerintah itu baik; yaitu yang menunaikan perintah Allah تعالى dan meninggalkan larangan-Nya, atau pemerintah itu jahat; yaitu pelaku kejahatan dan kezhaliman. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadits 'Auf bin Malik رضي الله عنه yang diriwayatkan oleh Imam Muslim;

أَلَا مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ، وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ، فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ، وَلَا يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

"Ingatlah, siapa yang dipimpin oleh suatu pemerintah, lalu dia melihat pemerintah tersebut melakukan suatu tindak kemaksiatan kepada Allah تعالى, maka hendaknya dia membenci tindak maksiatnya kepada Allah تعالى tersebut, dan jangan sampai dia keluar dari prinsip ketaatan kepada pemerintah.”

"Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu dari amir (pemimpinnya) maka hendaklah bersabar. Tidaklah seseorang yang keluar dari sultan (penguasa) sejengkal saja lalu dia mati kecuali ia mati seperti kematian jahiliyah.” (HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Auf bin Malik dari Rasulullah saw bersabda, "Pemimpin terbaik dari kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, mereka mendoakan kalian dan kalian mendoakan mereka. Sedangkan pemimpin terburuk dari kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian mencaci mereka dan mereka mencaci kalian.” Baginda saw ditanya,”Wahai Rasulullah apakah (boleh) kami memerangi mereka dengan pedang (senjata)?’ beliau saw menjawab,”Tidak selama mereka (para pemimpin) itu masih melaksanakan shalat. Dan jika kalian melihat sesuatu (perbuatan) dari para pemimpin kalian yang kamu benci maka janganlah tanganmu melepaskan dari ketaatan (kepadanya).” (HR. Muslim)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda dalam hadits Ummu Salamah رضي الله عنها yang diriwayatkan oleh Imam Muslim;

إِنَّهُ يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ، فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ، وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ، وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلَا نُقَاتِلُهُمْ، قَالَ: لَا مَا صَلَّوْا لَا مَا صَلَّوْا

"Sesungguhnya akan ada bagi kalian pemerintah yang kalian lihat melakukan yang ma'ruf dan kalian lihat melakukan kemungkaran. Siapa yang membenci (kemungkarannya) maka dia telah terbebas (dari ancaman Allah تعالى), dan siapa yang mengingkari (kemungkarannya) maka dia telah selamat (dari ancaman Allah تعالى), dan siapa yang rela dan mengikuti (kemungkarannya maka dialah yang akan dimurkai Allah تعالى)." Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, tidakkah kami memerangi mereka?” Rasulullah bersabda: “Tidak!! Selama mereka masih menunaikan shalat. Tidak!! Selama mereka masih menunaikan shalat."

Dalam konteks hari ini, memerangi dan menjatuhkan sesuatu negara tidak lagi bergantung kepada hanya senjata konvensional, malah di Timur Tengah terbukti, senjata pasca moden, seperti media sosial juga boleh digunakan untuk memerangi dan menjatuhkan pemerintah.

Semoga kita faham perintah Allah swt, berfikir mengenai hikmah perintahNya dan mengambil iktibar dari keruntuhan kerajaan dan empayar Islam sebelum ini.

Undang-undang kawalan keselamatan maritim lapuk, pistol dan pump gun untuk lawan lanun

$
0
0
Perairan Asia Tenggara tidak selamat, undang-undang kawalan keselamatan maritim negara lapuk

Daripada 114 jenayah maritim dilaporkan, 49 berlaku di Asia Tenggara
BY: AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

Muhammad Zubairy memberikan penerangan kepada kakitangannya mengenai aktiviti kapal yang berada di sekitar perairan negara. Mengikut Muhammad Zubairy, data-data dan aktiviti pergerakan kapal laut dapat dipantau secara langsung untuk memastikan keselamatan kapal sesebuah kapal tersebut. TRP/Mokhsin Zamani
SHAH ALAM, 20 Jun:

Jenayah maritim membabitkan kes rompakan, lanun atau penyeludupan bukanlah sesuatu yang baru kerana bilangannya saban tahun menunjukkan peningkatan.

Tahun ini sahaja sehingga 19 Jun 2015, sebanyak 114 kes melibatkan jenayah maritim dilaporkan di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 49 kes jenayah tersebut dilaporkan berlaku di rantau Asia Tenggara termasuklah kejadian kapal minyak, MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan matrik minyak petrol RON 95 bernilai RM21 juta dilarikan 11 Jun lalu.

Menurut statistik yang dikumpul oleh syarikat swasta khusus dalam jenayah maritim, Ratusan Paksi Security Sdn. Bhd, hanya 10 peratus sahaja kejadian jenayah maritim dilaporkan sebaliknya, 90 peratus lagi kes tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pengarah Urusannya, Datuk Muhammad Zubairy Husain berkata, kes tersebut tidak dilaporkan kerana kebanyakan syarikat perkapalan tidak mahu menanggung kerugian lebih-lebih lagi jika barang ‘dagang’ yang dibawanya tidak berapa bernilai.

“Kalau mereka buat laporan pun, ia melecehkan kerana paling kurang tujuh hari kapal tersebut tidak boleh belayar dan kalau mereka sewa kapal itu sehari RM10,000, tujuh hari sudah RM70,000 mereka rugi.

“Sebab itu, hanya 10 peratus sahaja kes dilaporkan melainkan ia melibatkan nilai jutaan ringgit seperti kejadian kapal minyak MT Orkim Harmony yang membawa petrol bernilai RM21 juta,” katanya kepada The Rakyat Post.

Menurutnya, nilai RM21 juta itu pun boleh dianggap sedikit kerana aktiviti maritim ini melibatkan nilai beratus-ratus juta.

“Tahun ini sahaja, 12 kes rompakan maritim melibatkan parang dan senjata api dilaporkan dan kebanyakannya secara berkumpulan.

“Dulu mereka merompak dalam lingkungan seorang ke empat orang tetapi trend sekarang mereka hantar empat orang bersenjata kemudiannya disusuli 18 hingga 21 orang lagi yang datang selepas alat telekomunikasi dan nevigasi dirosakkan,” katanya.

Muhammad Zubairy berkata, modus operandi kapal minyak MT Orkim Harmony yang dilarikan sama seperti kejadian MT Orkim Victory yang dirompak pada 4 Jun 2014.

“Walau kejadian itu hampir sama tetapi mereka hanya menawan kapal dan menyalur minyak yang dicuri ke kapal lain untuk dijual ke pasaran gelap tetapi kali ini, perompak melarikan kapal tersebut dan menukar namanya.
“Kapal minyak merupakan sasaran utama diikuti kapal tunda atau lebih dikenali sebagai ‘tug and barge’ dan tahun lalu sahaja kerugian sebanyak USD4.9 bilion termasuk wang tebusan, barang dagang, minyak dan lain-lain dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, rantau Asia Tenggara berisiko tinggi dengan jenayah maritim terutamanya yang melibatkan dengan kes perompak.

“Perompak di lautan ini tidak berpusat dan operasi mereka juga merentasi sempadan negara-negara Asia Tenggara.

“Bagaimanapun, tiada kejadian rompakan dilaporkan berlaku di teluk Siam (Thailand) sebaliknya banyak dilaporkan berlaku di perairan Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia,” katanya.

Jelasnya, jenayah maritim merupakan masalah sejagat kerana perompak tersebut bergerak secara sindiket antarabangsa yang terancang.

“Rompakan dilautan di dalangi sindiket antarabangsa kerana keadaan sosio-politik, geo-politik dan undang-undang yang tidak ketat, menyumbang kepada peningkatan kes rompakan.

“Faktor lain adalah adalah peningkatan aktiviti di laut di mana dalam setahun, 65,000 hingga 90,000 kapal laut menggunakan laluan Selat Melaka, iaitu laluan ketiga sibuk di dunia.
Mengulas lanjut, Muhammad Zubairy memberitahu bahawa pihak Tentera, Polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah menjalankan tugas mereka dengan baik bagi mengawal perairan negara, namum jumlah kapal yang banyak menyukarkan kerja mereka.

“Sebab itu syarikat sekuriti seperti kami boleh bantu dari segi menambah baik penjagaan dan pengawasan. Kami juga menawarkan perkhidmatan pengurusan risiko, siasatan, menjejaki, pemantauan secara dekat dan kapal pengiring kepada pelanggan kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan Malaysia memberi lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat sekuriti persendirian untuk sama-sama terlibat menjaga perairan negara.

“Ratusan Paksi pernah ditawarkan untuk melindungi sebuah kawasan ternakan tiram di Sabah tetapi memandangkan perompak di sana menggunakan senjata api berat, maka kami terpaksa menolaknya.

“Ini kerana, syarikat sekuriti seperti kami hanya dibenarkan menggunakan pistol dan pum gun sahaja dibawah Akta Senjata Api 1960.

“Sebab itu, banyak projek berisiko tinggi terpaksa kami tolak dan berharap agar kerajaan menilai kembali akta tersebut kerana jika dibenarkan menggunakan Raifel sekalipun sudah memadai dan banyak membantu,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/20/daripada-114-jenayah-maritim-dilaporkan-49-berlaku-di-asia-tenggara/#ixzz3dd5N25yP

"RM42 bilion lesap adalah putar belit Tun M", Jawapan Najib Razak (FAQ 3 - Bahasa Melayu)

$
0
0


Ini merupakan sambungan kepadajawapan yang pertama (FAQ1) danjawapan yang kedua (FAQ2) mengenai pelbagai isu semasa termasuk yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

16. Jet rasmi - Dakwaan: "Negara ini telah diserang berulang kali oleh pengganas yang membunuh polis dan tentera kita. Adakah ini perkara biasa atau adakah ini masalah keselamatan? Jika kita mengambil berat tentang keselamatan kita adakah kita akan membeli jet peribadi mewah."

aKeselamatan Sabah tiada kaitan dengan pembelian sebuah jet rasmi. Mengatakan tiada dana diperuntukkan untuk keselamatan Sabah kerana telah dialihkan atau dikatakan untuk membeli jet kerajaan adalah satu logik yang cukup membingungkan.

b. Keselamatan negara ini adalah amat penting kepada saya. Disebabkan "kita amat mengambil berat tentang soal keselamatan,"kerajaan telah menubuhkan ESSCOM bagi menjaga keselamatan sempadan Sabah. Kita telah menghantar sebanyak lima batalion yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera untuk menjaga keselamatan kawasan timur Sabah. ESSCOM terdiri daripada dua komponen. Komponen pertama mengendalikan pengurusan kawalan keselamatan dan pertahanan manakala komponen kedua mengendalikan penguatkuasaan dan tindakan awam. Komponen pengurusan kawalan keselamatan dan pertahanan mengumpulkan sumber dari pelbagai agensi keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan operasi manakala komponen penguatkuasaan dan tindakan awam memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan imigresen, pemantauan barangan kawalan dan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan harian penduduk di kawasan itu .

c. ESSCOM memastikan kawalan keselamatan untuk ESSZone yang terdiri daripada 10 daerah di bahagian timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

d. Walaupun ESSCOM dapat menghalang pencerobohan-pencerobohan baru, penculikan masih kekal sebagai ancaman keselamatan yang berterusan. Keadaan ini kekal kompleks disebabkan keadaan pemberontakan di Filipina Selatan dan sempadan maritim kita yang begitu luas. Kerajaan telah meningkatkan rondaan dan operasi di seluruh rantau ini dan kita akan terus berbuat demikian. Penculikan-penculikan ini telah berlaku selama beberapa dekad tetapi sebelum ini, tidak banyak yang telah dilakukan. Ini adalah situasi kawalan keselamatan yang saya warisi dan yang pengganas pilih untuk dieksploitasi. Serangan ke atas Lahad Datu menunjukkan betapa rapuh kawalan keselamatan kita dan kerajaan ini komited untuk menghalang perkara ini dari berlaku lagi. Kita amat terhutang budi selama-lamanya kepada setiap yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara.


17. Dakwaan: 1MDB, dengan pengetahuan penasihat mereka, terlibat dengan pengubahan wang haram.

a. Segala tuduhan daripada pihak-pihak tertentu mengenai salah laku yang telah berlaku telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk mereka tangani di dalam laporan mereka yang menyeluruh.

b. Pada waktu yang sama, saya ingin menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang didapati bersalah atas sebarang salah laku, mereka akan dibawa ke muka pengadilan dan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.


18. Dakwaan: “Meminta orang supaya tidak bertanya sebarang soalan sehingga Ketua Audit Negara memberikan laporan adalah bodoh”

a. Memandangkan isu 1MDB telah disensasikan dan dipolitikkan sebegitu rupa berikutan pelbagai 'pendedahan' dan 'pengakuan' di laman web suspek tertentu dan portal berita pihak ketiga termasuk juga serangan dari ahli politik veteran, adalah hampir mustahil bagi pengurusan 1MDB atau sesiapa sahaja untuk menerangkan pelbagai bahagian mengenai isu ini tanpa melihat kenyataan mereka yang diputar belitkan, dipesongkan dan diperbesar-besarkan oleh pihak yang mempunyai motif tersembunyi. Disebabkan inilah penelitian terperinci mengenai fakta-fakta oleh pihak berkuasa yang sah diperlukan supaya tidak ada sebarang salah tafsir atau `spin’.

b. Membenarkan PAC dan Ketua Audit Negara membentangkan fakta penuh akan meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk menentukan apa yang berlaku. Ketua Audit Negara mempunyai reputasi sebagai seorang yang tidak berkompromi apabila melaporkan tentang kelemahan dalam kewangan awam. PAC pula terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang.

c. Justeru, adalah ironis bila terdapat dakwaan bahawa Ketua Audit Negara tidak akan mendedahkan apa-apa sedangkan diketahui umum bahawa tugasnya adalah untuk mendedahkan gambaran sebenar dan saksama mengenai kedudukan kewangan sebuah kementerian atau syarikat. Dalam banyak keadaan, PAC mempunyai skop yang lebih luas dan mereka telah pun memulakan siasatan mereka.

d. Terdapat sesetengah individu yang tidak berpuas hati kerana siasatan ini mengambil sedikit masa. Jika objektif sebenar siasatan ini adalah untuk mencari kebenaran mengenai 1MDB dan bukan cubaan untuk menggulingkan kepimpinan sedia ada, bukankah wajar juruaudit ini diberi masa yang mencukupi bagi mendapatkan keputusan.

e. Tidak ada bukti ada pihak yang telah 'dirompak', cuma dakwaan sahaja. Adakah ini bermaksud kita harus menyebarkan khabar angin dan spekulasi serta membuat gerakan untuk menggulingkan pemimpin negara sekiranya jawapan tidak diberikan dengan segera, dan bukannya berusaha mendapatkan kisah sebenar tentang apa yang berlaku?

f. Saya juga mahukan jawapan diberikan dengan cepat tetapi jika kita tidak membenarkan pihak berkuasa menyediakan maklumat secara betul dan mengikut undang-undang, bagaimanakah kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap sebarang pihak yang didapati bersalah? Adakah kerajaan wajar mengambil tindakan dan pendakwaan berasaskan tuduhan liar dan pendedahan tabloid? Jika itu berlaku, barulah ia dikatakan bodoh.


19. Dakwaan: "Dengan pengurusan kewangan yang lebih baik GST tidak perlu dikenakan ke atas rakyat. Dengan memperkenalkan GST, Kerajaan sebenarnya meminta orang ramai, termasuk orang yang tidak layak dikenakan cukai pendapatan, turut terlibat menyelamatkan usaha-usaha Kerajaan yang gagal."

a. Kerajaan berusaha memperbaiki pengurusan kewangan secara berterusan:- 

1. Meningkatkan kecekapan GLC dan memaksimumkan pulangan. GLC telah memberikan lebih banyak pulangan dan berkembang lebih banyak dari segi nilai berbanding sebelum ini, dengan peningkatan dalam aspek ketelusan, akauntabiliti dan daya saing di bawah Program Transformasi GLC

2. Pentadbiran ini telah meningkatkan kepentingan dan kebebasan yang diberikan kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit Kewangan Negara dan melaporkan semua ketirisan. Seperti yang disebut dalam 2(h), bilangan isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara telah berkurangan dengan meyakinkan sejak beberapa tahun dan saya berhasrat untuk terus memperbaikinya lagi

3. Malaysia kekal sebagai salah satu daripada negara-negara paling berdaya saing di dunia, berdasarkan indeks daya saing WEF

4. Kita juga telah memperkenalkan 11 langkah-langkah pemotongan kos dalam sektor awam pada awal tahun lepas.

b. Hujah Tun bahawa GST digunakan untuk menyelamatkan usaha-usaha kerajaan yang gagal memang kedengaran mudah. Tetapi Tun sengaja menafikan hakikat bahawa terdapat banyak juga usaha-usaha GLC yang berjaya. Sebagai contoh, GLC G20 kita mempunyai jumlah pulangan pemegang saham sebanyak 12.6% setahun sepanjang tempoh 2004-2015, mengalahkan pulangan KLCI, iaitu 12.2% setahun. Permodalan pasaran juga meningkat 3.2 kali (RM133.8 bilion pada tahun 2004 kepada RM431.1 bilion pada tahun 2015.) Jumlah keuntungan bersih meningkat daripada RM9.9 bilion kepada RM26.2 bilion sepanjang tempoh 2004-2015.

c. Walaupun kita mencuba yang terbaik untuk memaksimumkan potensi semua usaha di negara ini (yang berkaitan kerajaan dan swasta,) amat mustahil untuk semuanya berjaya sepanjang masa. Apa pun, majoriti daripada usaha ini berjaya dan dapat mengimbangi yang kurang berjaya. Oleh itu, isu menggunakan hasil GST untuk menyelamatkan usaha yang gagal tidak timbul.

d. Untuk mengatakan bahawa orang-orang yang tidak berada dalam braket cukai pendapatan digunakan untuk menyelamatkan kerajaan tidak lebih dari pemesongan fakta. Ini kerana sebahagian besar bantuan kerajaan pergi ke kumpulan ini. Malahan mereka juga diberi pampasan dalam bentuk BR1M. Dalam Rancangan Malaysia ke-11, kita memperuntukkan sebanyak RM5,000-10,000 kepada setiap rumah di kawasan luar bandar untuk dibaiki. Dalam rancangan tersebut, kita juga memberikan lebih banyak tumpuan kepada golongan 40% terbawah dengan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah mereka kepada RM5,000 pada tahun 2020. Kita juga telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan 1Azam. Pelajar juga akan terus menerima baucer buku dan subsidi pendidikan. Terdapat begitu banyak lagi skim dan inisiatif kerajaan yang diperuntukkan untuk golongan yang bukan pembayar cukai pendapatan.

e. Dan ke sinilah sebahagian besar daripada dana GST akan pergi. Ia tidak akan digunakan untuk menyelamatkan kerajaan. Adalah malang bahawa Tun telah memilih untuk mengabaikan bentuk-bentuk bantuan yang sangat signifikan ini, menyedari bahawa dengan mengenepikan semua bantuan ini, rakyat akan dibawa untuk berfikir bahawa dana GST adalah untuk menyelamatkan kerajaan. Saya telah berjanji untuk mendedahkan bagaimana hasil GST ini akan dibelanjakan dalam bajet yang akan datang.

f. GST bukan untuk menyelamatkan kerajaan. Ia adalah satu sistem cukai diguna pakai di seluruh dunia, yang lebih telus dan sistematik berbanding SST, seperti yang dinyatakan dalam 14. Perubahan dari SST kepada sistem GST tidak dapat dielakkan dan ia telah tertangguh sejak era Tun. Jika ia tidak dilaksanakan hari ini, suatu masa nanti, ia masih akan perlu dilaksanakan juga.

g. Cukai penggantian berperanan untuk meperluaskan aliran pendapatan kita bagi mengelakkan kebergantungan yang sangat tinggi kepada hasil minyak. Kalau GST tidak dikenakan, kejatuhan harga minyak baru-baru ini mungkin telah mengakibatkan kita mengalami krisis ekonomi. Tetapi oleh kerana Malaysia kini sudah mempunyai aliran pendapatan yang lebih pelbagai dan asas ekonomi yang kukuh, komuniti perniagaan dan pelabur asing boleh terus kekal optimistik.


20. Dakwaan: Memberi wang kepada semua dan untuk apa saja boleh mungkin popular ... Adalah lebih baik untuk mendidik dan melatih orang untuk kerja-kerja berpendapatan tinggi kerana pendapatan akan meningkat dengan ketara sebagai balasan bagi kerja yang dilakukan.

a. Pendidikan memang meningkatkan produktiviti tetapi BR1M juga diperlukan sebagai mana yang telah saya terangkan dalam 3 (e).

b. Semua langkah-langkah ekonomi kita pada masa lalu, masa kini dan masa akan datang termasuk Rancangan Malaysia ke-11 adalah mengenai peningkatan produktiviti melalui peningkatan dalam pendidikan. Di bawah program kita, kita akan melatih lebih ramai pekerja yang mahir, meningkatkan nisbah pekerja yang berpendidikan tinggi dalam keseluruhan jumlah tenaga buruh kita.

c. Saya berharap Tun berhenti membayangkan seolah-olah kita tidak menaja latihan kepada rakyat supaya mereka boleh mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Kita membelanjakan sejumlah besar wang untuk latihan dan pendidikan seperti itu.

d. Walaupun pendidikan merupakan kunci kepada produktiviti, saya percaya kita juga perlu menyediakan jaringan keselamatan sosial. BR1M adalah satu bentuk subsidi bersasar dan satu langkah ekonomi. Langkah ekonomi ini akan berterusan sehingga kita dapat membangunkan satu bentuk pemberian subsidi bersasar yang lebih baik.


21. Dakwaan: "Jadi apakah salah meminta PM meletak jawatan. Amat jelas bahawa beliau telah menyebabkan keadaan di dalam negara lebih kucar kacir berbanding PM sebelumnya."

a. Ini adalah pendapat peribadi Tun. Amat malang apabila Tun memilih untuk mengabaikan semua pencapaian kerajaan di bawah pelbagai program transformasi dan trajektori pertumbuhan ekonomi yang Insya-Allah, akan membantu kita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

b. Keadaan 'kucar-kacir' yang disebut oleh Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangan beliau sendiri dan kerana beliau mengulangi segala pembohongan dan fitnah pembangkang. Segala tuduhan ini telah dipertingkatkan lagi melalui internet. Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi PM. Sebarang kontroversi yang timbul atas tindakan beliau sendiri atau kerajaan beliau, akan mengambil beberapa hari jika tidak berminggu-minggu untuk berkembang. Tun tidak perlu berhadapan dengan tuduhan yang tidak berkesudahan yang dikitar semula berulang-ulang kali dan dikongsikan pada dengan secepat kilat. Perkataan "viral" hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau.

c. Tun jelasnya telah dipengaruhi oleh pendemokrasian maklumat di media sosial, di mana semua maklumat walaupun tidak benar sekali pun dianggap sebagai kebenaran. Hari ini, media dalam talian dengan agenda tersembunyi, memutar belit tajuk-tajuk berita dan memuat naik pembohongan yang begitu nyata yang dikongsi serta disebarkan setiap minit, dan membentuk persepsi bahawa segalanya ini pasti benar. Hanya kerana sesatu pembohongan disebarkan beribu kali, tidak akan menjadikan ia benar. Dengan serangan sebegitu di dalam, tidak menghairankan bahawa Tun merasakan keadaan 'kucar-kacir' ini lebih besar hari ini.

d. Memang benar bahawa pentadbiran ini, sama seperti pentadbiran yang lain, tidak sepi dari cabaran. Tetapi rekod kerajaan sepanjang tempoh enam tahun lepas menunjukkan bahawa kita membuat perkara-perkara yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia dan kita akan terus mengotakan segala janji untuk mengubah ekonomi, kerajaan dan negara menjelang saat kita mencapai Wawasan 2020. Kita perlu terus berasa yakin serta berusaha ke arah ini dan bukannya bergaduh sesama sendiri. Marilah kita bersama-sama bekerja untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terbaik, secemerlang yang mungkin!


22. Dakwaan: "Seorang pemimpin yang dipilih kebal terhadap penyingkiran sebelum tempohnya berakhir. PM sebelumnya juga telah dipilih, malah dengan majoriti yang lebih besar. Tetapi beliau telah dipujuk untuk meletak jawatan oleh PM sekarang."

a. Walaupun saya berundur, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Dia boleh mengatakan dia hanya menjalankan hak demokrasi sebagai warganegara, tetapi ini adalah Tun Mahathir. Orang cenderung untuk mempercayai apa yang dikatakannya, walaupun ia tidak sepenuhnya tepat. Ia mempunyai kesan yang besar ke atas persepsi orang ramai, kerana dia bukan sekadar seorang warganegara biasa.

b. Terdapat sebab-sebab mengapa kebanyakan bekas ketua negara di seluruh dunia tidak campur tangan dalam kerja-kerja pentadbiran semasa, kerana apa sahaja yang mereka katakan boleh menjejaskan sistem. Tun melakukan banyak perkara yang mulia dan hebat sebagai PM tetapi beliau tidak lagi menjalankan pentadbiran.

c. Tun adalah seorang ahli politik veteran dan sarjana persepsi awam. Beliau memahami bahawa kenyataan politik tidak sepenuhnya mengenai kebenaran tetapi mengenai apa yang dipercayai rakyat dalam mahkamah pendapat umum. Inilah sebabnya mengapa beliau terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang mengelirukan dan memutar belit kenyataan bagi membuat pandangannya menarik dan sedap didengar.

d. Beliau menyatakan dalam artikelnya bahawa 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion. Kemudian tiba-tiba beliau mendakwa bahawa RM42 bilion telah hilang, dalam artikelnya "Menyokong Najib", di mana beliau menyatakan: "Saya ingin minta penyokong sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan 42 bilion ringgit adalah okay ..." jelas menuduh bahawa wang tersebut telah hilang. Jika Tun membuat dakwaan sebeginipun, orang akan percaya. Jadi, ramai di media sosial mula bertanya "ke mana RM42 bilion lesap?" Adakah hutang sebanyak RM42 bilion? Ya. Adakah wang tersebut telah lesap? Tidak. Tetapi `spin' telah bermula!

e. Saya menyeru semua ahli UMNO dan BN juga semua rakyat Malaysia agar jangan mudah percaya setiap kali Tun membuat serangan. Ambil satu langkah ke belakang dan buatlah analisis fakta-fakta. Kita telah melakukan begitu banyak perkara dalam tempoh enam tahun yang lalu (lihat 10 (c) dan (d)) tetapi Tun mengenepikan semua ini dan hanya membangkitkan dakwaan dan masalah kerana dia tahu itu adalah cara untuk mempengaruhi fikiran rakyat terhadap kerajaan sekarang dan diri saya.


Sumber

#1MDB Tangkapan Justo: Mengapa Dr Mahathir pula yang takut sangat?

$
0
0


Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya mengapa pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan terhadap Xavier Andre Justo. "Apa yang membuatkan saya hairan ialah dia tidak melakukan jenayah di Thailand. Dia melakukan jenayah itu di Arab Saudi, "kata Dr Mahathir.

Sebenarnya, di bawah Akta Jenayah Komputer 1997, jenayah komputer adalah jenayah tanpa sempadan - sama seperti keganasan, pengubahan wang haram, penyeludupan dadah, jenayah perang, dll Dr Mahathir sepatutnya lebih mengetahui mengenai ini kerana pada tahun 1997 beliau masih Perdana Menteri Malaysia.

Akta Jenayah Komputer 1997 menyatakan:

9. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan di mana kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia , dia boleh diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah ia melakukannya di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang dipersoalkan, komputer, program atau data itu berada di Malaysia atau yang boleh disambung kepada atau dihantar kepada atau digunakan oleh atau dengan suatu komputer di Malaysia pada masa ia berlaku.

Justeru bidang kuasa tertentu tidak diperlukan bagi menangani jenayah seperti jenayah komputer, dan jenayah-jenayah lain yang disebutkan di atas.

Dr Mahathir juga mencadangkan agar kerajaan mendakwa Sarawak Report dan The Edge jika mereka telah melakukan jenayah dengan menyiarkan laporan palsu berdasarkan dokumen palsu.

Mengapa kerajaan perlu berbuat demikian? Perkara ini kini menjadi subjek penyiasatan jenayah antarabangsa dan jika ada jenayah yang telah dilakukan maka kerajaan boleh mempertimbangkan tindakan sivil di kemudian hari.

Sementara itu biarkan tindakan jenayah mengambil laluannya, begitu juga tindakan sivil, boleh menjadi pilihan seterusnya jika perbuatan jenayah telah disahkan. Apapun, jika Xavier Andre Justo didakwa dan didapati bersalah, itu sudah memadai untuk membebaskan kerajaan daripada tuduhan dan tindakan sivil tidak lagi perlu kerana ketika itu kebenaran jelas dibuktikan.

Salleh Said Keruak

1MDB - Tony Pua keliru mengenai bon, IPIC berbohong tentang jaminan kerajaan

$
0
0
1MDB - Kenyataan Tony Pua berkaitan IPIC dan jaminan kerajaan tidak bertanggung jawab

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

29 Jun 2015

Jawapan 1MDB Terhadap Kenyataan-Kenyataan Tidak Tepat oleh YB Tony Pua

Kami merujuk laporan berita dalam talian hari ini, yang memetik pelbagai kenyataan oleh YB Tony Pua berhubung kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dipersetujui oleh 1MDB dan IPIC baru-baru ini.

Di bawah adalah penjelasan 1MDB:

1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.

2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah.  Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini.

3. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Tony Pua untuk mengatakan bahawa kertas terma ikatan (binding term sheet) di antara 1MDB dan IPIC, yang merupakan sebuah transaksi komersial, telah mengakibatkan tanggungan jaminan yang berlebihan kepada Kerajaan Malaysia.  Adalah diketahui umum bahawa Kerajaan hanya mengeluarkan satu “surat sokongan”, dan ini adalah untuk bon lain yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD3.0 bilion (kira-kira RM11.35 bilion).  Secara keseluruhan, pihak Kerajaan hanya memberikan jaminan yang jelas (explicit guarantee) untuk RM5.8 bilion dari keseluruhan hutang 1MDB.  

4. YB Tony Pua dengan sengaja telah mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting “dan sebaliknya” (“and vice versa”) berhubung dengan tanggung rugi (“indemnity”), dengan kata lain, tanggung rugi (indemnity) terpakai bagi kedua-dua pihak – kepada IPIC dan juga 1MDB – berhubung dengan pelaksanaan kewajipan oleh kedua-dua pihak.  Tanggung rugi (indemnity) dua hala sperti ini adalah klausa standard dalam transaksi-transaksi komersial untuk memastikan tiada pihak yang kehilangan wang (“out of pocket”) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya.  1MDB mengesahkan bahawa kami berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab kami mengikut kertas terma ikatan (binding term sheet) tersebut.

Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

#1MDB: Logik penangkapan Justo yang gagal difahami pro-Tun M

$
0
0

Kenyataan Zam menunjukkan pemikirannya celaru


1.Kenyataan Zainudin Maidin yang menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo "seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak" jelas menunjukkan kecelaruan pemikirannya. Mungkin Zam memerlukan pendekatan tahap demi tahap bagi memudahkan dia memahami sebab Justo ditahan.

2.Kenapa Justo ditahan? Menurut laporan Bloomberg pada 25 Jun 2015, Timbalan Komander Bahagian Pembanterasan Jenayah Bangkok, Kornchai Klayklueng menyebut bahawa "Xavier Justo ditahan di Samui, sebuah pulau peranginan di Thailand kerana cuba mendapatkan 2.5 juta franc Switzerland ($2,700,000) daripada PetroSaudi sebagai pertukaran untuk tidak mendedahkan maklumat sulit."

3.Kenapa Justo ditahan? Ia berkaitan laporan polis yang dibuat oleh PetroSaudi berhubung dakwaan yang dibuat oleh sebuah laman web, iaitu Sarawak Report (SR) yang berpengkalan di London, mengenai hubungan firma tersebut dengan syarikat pembangunan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Petrosaudi telah membuat laporan tersebut kepada Unit Tindakan Penipuan, Polis London di Pusat Laporan Penipuan dan Jenayah Siber Nasional, United Kingdom (UK) pada 1 Mac 2015. 

4.Laporan polis yang difailkan adalah berkaitan satu siri artikel yang diterbitkan oleh laman web SR, termasuk satu yang bertajuk "Rompakan Abad Ini - Bagaimana Jho Low Digunakan PetroSaudi Sebagai 'pintu untuk penyelewengan berbilion daripada 1MDB!" SR mendakwa mempunyai akses ke atas dokumen dan e-mel yang berkaitan dengan transaksi oleh 1MDB, termasuk usaha sama awal dengan PetroSaudi sejak 2009.

5.Pada 1 Mac 2015, Petrosaudi ada membuat kenyataan menafikan laporan SR. Dalam kenyataan itu disebut, "sebarang cadangan mengenai salah laku di dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian itu adalah palsu semata-mata. Semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan - bersama keuntungan. Malah usaha sama yang berakhir pada tahun 2012 itu, adalah 'menang-menang' bagi Malaysia dan PetroSaudi." Petrosaudi dalam kenyataan yang sama turut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang melaporkan berita palsu tersebut.

6.Kenapa Justo ditahan? Seperti yang dilaporkan media, pertama, kerana memeras ugut. Kedua, kerana laporan mengenai laporan palsu SR. Untuk mengesahkan samada SR berbohong atau tidak, tentulah sumber kepada laporan SR perlu dipastikan. SR pernah mendedahkan bahawa mereka mempunyai akses terhadap dokumen dan emel berkaitan transaksi 1MDB. Jadi setiap pihak yang mempunyai akses terhadap emel Petrosaudi perlu dikenal pasti dan setakat ini berdasarkan laporan, bukti-bukti terarah kepada Justo. 

7.Adakah dokumen dan emel dalam simpanan Justo asli dan benar? Jawapan: Mungkin ada yang asli dan benar, tetapi mungkin juga ada yang palsu atau yang diolah.

8.Adakah laporan SR berdasarkan emel palsu atau emel yang diolah? Mungkin ada yang benar dan mungkin juga ada yang palsu. Bagaimanapun keberanian Petrosaudi membuat laporan kepada Unit Penipuan dan Jenayah Siber Polis London menunjukkan kemungkinan besar artikel SR ditulis berdasarkan emel yang diolah. Jika tidak, tidak mungkin Petrosaudi berani membuat laporan polis tersebut dan ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas SR.

9.Adakah tangkapan Justo dirancang? Ya, sudah tentu polis ada membuat rancangan untuk menangkap Justo selepas laporan polis dibuat berkaitan jenayah yang dilakukannya.

10.Adakah tangkapan Justo dirancang oleh Polis Thailand untuk membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak? Kenapa perlu Polis Thailand berbuat demikian? Apa kaitannya? Sehingga kini tangkapan ini lebih berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadap Justo dan Sarawak Report oleh Petrosaudi, bukan oleh Najib.

11.Adakah ia akan membersihkan nama Najib? Tangkapan ini adalah untuk membersihkan nama Petrosaudi yang difitnah Sarawak Report. Bagaimanapun, sekiranya terbukti Sarawak Report menipu, sudah tentu nama Najib juga akan turut bersih.

12.Nyatanya, kesimpulan "tangkapan Justo seolah-olah dirancang oleh Polis Thailand untuk membersihkan nama Perdana Menteri" adalah suatu kesimpulan dangkal seorang mantan menteri penerangan yang gagal semasa eranya.

13.Apa pula kata jurucakap Petrosaudi berkaitan tangkapan Justo ini? Katajurucakapnya,"kami lega kerana Justo kini akan menghadapi keadilan melalui mahkamah. Kami telah menjadi mangsa suatu jenayah yang dikesali dan yang malangnya telah dipolitikkan di Malaysia. Kami gembira kerana akhirnya dapat membetulkan keadaan dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas kemudaratan yang telah telah dilakukan oleh bekas pekerja kami yang tidak bertanggung jawab ke atas mereka"

14.Adakah tangkapan Justo relevan? Ya, kerana ia akan merungkaikan banyak persoalan berkaitan usaha sama Petrosaudi dan 1MDB.



15.Adakah tangkapan Justo akan mengembalikan wang yang lesap? TIDAK. Sebab dalam usahasama 1MDB - Petrosaudi, TIADA WANG YANG LESAP. Jika sebanyak USD1.83 bilion dilaburkan dan sebanyak USD 2.318 bilion dikembalikan, ia bukan dipanggil LESAP, tetapi bertambah. "LESAP" ini hanya khayalan dan ilusi Tun Dr Mahathir, pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka.

Viewing all 187 articles
Browse latest View live