Quantcast
Channel: tun faisal dot com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Logiknya audit dan siasatan tidak terjejas dengan Peguam Negara dan Anggota PAC yang baru

$
0
0
Ada yang membangkitkan soal pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) ke dalam kabinet dan penamatan khidmat Peguam Negara yang berkemungkinan akan menjejaskan siasatan 1MDB. Secara logiknya:

1. Laporan Ketua Audit Negara yang telah diserahkan tidak akan berubah biar siapapun dilantik dan digugurkan

2. Jika pengerusi dan anggota baru dilantik sekalipun mereka tetap akan menyiasat berdasarkan laporan audit dan dakwaan terhadap 1MDB

3. Hasil siasatan awal PAC sebelum ini sudah tentu telah direkodkan dan anggota baru boleh meneruskan siasatan dari situ atau boleh memilih untuk memulakan siasatan semula

4. Anggota PAC biar siapapun masih terdiri dari Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang

5. Begitu juga Pasukan Petugas Khas 4 Agensi, selain Peguam Negara yang baru, 3 anggota lain masih sama, iaitu Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Pesuruhjaya SPRM. Siasatan tetap akan diteruskan berdasarkan dakwaan, bukti-bukti dan saksi-saksi yang ada.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Latest Images