Saya percaya ramai yang menantikan rombakan anggota Jemaah Menteri kali ini. Pertama kerana rakyat mengharapkan Menteri yang lebih kompeten dalam melaksanakan tugas mereka. Kedua, rakyat, terutama penyokong kerajaan mengharapkan Jemaah Menteri yang dapat bekerja sebagai satu pasukan dan tidak bergerak secara berasingan apalagi bertentangan.
Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas keberanian mengembalikan 'house back into order' dan membentuk sebuah pasukan yang diharapkan dapat mengembalikan keyakinan rakyat.
Tahniah juga kerana mendengar hasrat rakyat dengan menggantikan pemimpin-pemimpin yang tidak dilihat kompeten dalam melaksanakan tugas masing-masing dan pada waktu yang sama menempatkan pemimpin-pemimpin yang kompeten di portfolio baru, di mana peranan mereka amat diperlukan.
Tahniah juga di atas kesudian mendengar suara rakyat untuk memecahkan semula Kementerian Pendidikan kepada Kementerian yang lebih berfokus, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta menempatkan seorang Menteri yang khusus dan tidak memegang portfolio lain untuk Kementerian Pelajaran. Tindakan ini adalah tindakan yang tepat kerana Kementerian Pendidikan sudah menjadi terlalu besar dan hilang fokus. Oleh kerana nature Kementerian Pelajaran yang begitu besar dan kompleks, ia juga memerlukan seorang Menteri yang tetap dan tidak memegang portfolio lain. Kesibukan seorang menteri dengan beberapa portfolio boleh menjejaskan fungsi dan hala tuju kementerian sebesar dan sepenting ini.
Sebagai jentera kerajaan dan anggota parti, saya berharap agar Jemaah Menteri yang baru ini dapat bekerja sebagai satu pasukan dan lebih efektif dalam menyampaikan khidmat kepada rakyat. Mereka hanya punya sekitar 2 tahun untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan rakyat memilih Kerajaan ini semula dalam Pilihan Raya Umum ke14.