Quantcast
Channel: tun faisal dot com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Kebocoran maklumat siasatan kepada WSJ memalukan Task Force

$
0
0

1. Portal KLXpress dalam artikelnya "Kebocoran Maklumat Pasukan Khas Punca Spekulasi Jahat WSJ" mempersoalkan bagaimana Wall Street Journal (WSJ) boleh memperoleh dokumen siasatan yang belum disahkan daripada pasukan penyiasat khas tidak sampai 24 jam selepas serbuan dilakukan (Serbuan 4 Julai 2015, artikel WSJ diterbitkan 5 Julai). KLXpresss juga menyebut "kebocoran maklumat pasukan penyiasat khas telah mengakibatkan spekulasi yang jahat dan tidak bertanggung jawab terhadap Perdana Menteri".

2. Saya tidak mempunyai sebarang isu mengenai siasatan yang sedang berlangsung. Laporan telah dibuat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan transaksi 1MDB dan siasatan penting agar pihak berkuasa yang sah dapat memastikan sama ada jenayah telah berlaku dan siapa yang melakukan jenayah tersebut.

3. Siasatan penting kerana rakyat Malaysia tidak wajar membicara dan menghukum seseorang berdasarkan media, apa lagi portal-portal berita yang dimiliki atau menerima dana daripada pihak berkepentingan. Biarlah pihak berkuasa yang sah yang membuat siasatan dan pesalah dibicarakan di mahkamah, dan bukan media.



Maklumat siasatan yang dibocorkan dipertikai kesahihannya oleh pembaca media sosial


4. Bagaimanapun bagi saya, TIDAK WAJAR sama sekali maklumat siasatan yang belum disahkan dan masih dalam proses siasatan ini bocor ke pihak lain di luar task force. Kebocoran maklumat seperti ini telah membuka ruang untuk pelbagai pihak membuat andaian dan spekulasi liar. Insiden ini tidak adil kepada individu yang disiasat. Ia juga memalukan dan menjatuhkan kredibiliti task force.

5. Siapakah yang membocorkan atau mungkin juga menjual maklumat ini? Adakah anggota Task Force dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BNM atau dari Pejabat Peguam Negara?

6. Bagi saya, pertamanya, anggota Task Force termasuk pembantu-pembantu Ketua Polis Negara (KPN), Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor BNM dan Peguam Negara perlu diingatkan agar berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia penjawat awam.

7. Keduanya, tindakan perlu diambil untuk mengeluarkan segera anggota-anggota yang mempunyai risiko tinggi membocorkan rahsia sama seperti yang dilakukan ketika kerajaan menangani pencerohohan Lahad Datu. Di Lahad Datu, hanya selepas pembocor rahsia ini disingkirkan, barulah anggota keselamatan dapat melaksanakan operasi dengan lebih berkesan tanpa dapat diduga oleh pengganas Sulu.

8. Ketiga, tindakan tata tertib termasuk menggunakan OSA dan undang-undang berkaitan serta segera memecat anggota yang membocorkan rahsia siasatan.

9. Keempat, oleh kerana pembocoran ini melibatkan media antarabangsa, ada berkemungkinan terdapat imbuhan atau bayaran terlibat. Anggota yang didapati membocorkan rahsia siasatan ini juga perlu disiasat oleh SPRM dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

10. Kesemua anggota task force perlu bertanggung jawab ke atas sebarang kebocoran dan segera mengambil tindakan bagi memulihkan semula integriti dan kredibiliti mereka dan task force khas ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 187

Latest Images

Trending Articles